nuffnang ads

Friday 30 March 2012

bagai di cucuk sembilu bisa :]

assalamualaikum :']

baikklahh saya cuba untuk tenangkan diri ehh.saya rasa sangat cemburu okayy! kenapa? nanti jap tengah tunggu feeling aman sikit.aduhhaaiiii~ bertuahnya lah kalau aku yg jadi tempat dia  :']

bukan ape.ceritenye begini.tadi aku pegi tengok pertandingan pop band kat UM ni lahh.sangat seronok okayy! ade kumpulan sleeq.najwa latif pun ade okayy.sangat humble kott.baru je baik dari demam.tapi sanggup berlari and berjalan kat dewan tun cansellor tu haa.dah lahh besar gedabak okayy memang setiap kawasan lah die pegi.memang terbaikk lahh~

tajuk ceritenye sekarang ni bukan pasal najwa latiff okayy.begini ceritenye, tadi time dah habis tengok popband ni aku nak lahh keluar daripada dewan tuhh.tengah tengah jalan aku nampak dia dari jauhh.kire macam dia nak menghala ke depan and aku pulak nak masuk ke laluan yang die lalu tuhh.faham tak?kire macam aku ngan dia nak keluar kat pintu yang sama tapi aku datang daripada tepi and nak masuk ke laluan dia.faham tak? arghhhh buat buat faham je okayyy.

then sampai pulak kat corner yg aku nak pusing dan dan die ade kat tepi aku.cepat cepat aku potong dia.die kat belakang aku.tapi kali ni dah tak berdebar and tak rase ape ape dahh.malas nak layan.sebab dia tengah dalam angau kott berjalan dengan dia tuhh.sangat sweet okayy.always berada di samping dia sampai lah ke pintu keluar.macam pasangan suami isteri pun ade.si pasangan dia tuh tengah berselubung ngan sweater kesejukan sangat.yang si dia ni macho je dengan kemeja putih dia tuhh.

 -monolog-
"so sekarang ni kau jealous lah kan mimisyafinie?"
tak lahh jeles tapi macam terkedu kejap lahh.and kalau boleh nak berangan time tu jugakk.aku nak ade kat sebelah dia.HHAHAHA

"perasan lah kau."
takpelahh sekali sekala perasan and nak berangan.tak salah kalau nak berangan daripada tak merasa langsung.

okayy then berjalan lah aku dengan senior kolej aku ni haa.dia teman aku jalan kaki sampai kolej.kalau ikutkan dia naik kereta tau.tapi atas pengorbanan dia sebagai senior aku dia sanggup temankan aku jalan kaki.what a great sacrificing~saya menghargainya.
tengah aku jalan jalan aku pusing belakang.ade jugak sweet couple tu jalan same same.turun tangga together gether jalan jalan borak borakk!

seriously aku jealous okayy! sangat cemburu  :]
*aku nak jugak merasa berborak 4 mata dengan dia.kannn~

aiyooo sudahlahh! takde maknenye aku boleh dapat capai angan angan tuhh.dalam mimpi aje okayy.kejap lagi lahh.mata dah mamai nihhh.nanti dah mula krohh krohhh aku nak terus mimpi pasal dia.HAHA.sengal ehh mimisyafinie~
dahlahh takde maknenye kau nak capai impian macam tu.buang mase okayy.kau punye study pun tentu boleh maintain kau nak campur adukkan pulak dengan benda alah macam ni.kepale otak kau tu pun bukan nye betul sangat punn.pantang ade masalah sikit terus pening lahhh.suka sangat cari tekanan.ni nak campur lak dengan jantan jantan ni semua.kau lupe ke kau tuhh ketua projek untuk program akhir semester okayy.kang pecah kepale baru tau kau.kau jangan buat kerja gilerr eh mimisyafinie.minat minat pun tak payah.silap silap kau nanti yang gilerr bayang.silap silap kau boleh jadi gilerr kottt.AZ ituulahh AZ inilahh.jangan nak junjung junjung sangat dengan kehenseman die tuhh.kau tunggu je suami kau tu nanti.ko jangan main main.minat kat suami kau je okayy~apabila mimisyafinie mengumpat diri sendiri~

sekian

tuah ayam nampak di kaki :]

assalamualaikum  :]

hai bersama saya lagi pada hari jumaat pukul 3:31 pagi di kolej kediaman pertama.ouhh by the way lusa dah balik kuantan! mid sem berak!! hooraeeyyyyy  ~~

alright lahh just nak cerite pasal entry ni lahh."tuah ayam nampak di kaki.tuah manusia? and tuah mimi syafinie pulak?" HUMMMM no comment.
okayy cerita bermula masa aku, kelasmate aku dan juga rakan rakan luar kelasmate aku*maknenye budak luar UM lahh kann.plan last minit kott.time tuh aku baru habis kelas and baru habis meeting pasal end showing punye projek.pastu pegi makan sat then pi duk kat bangku sana borak borak borak pot pet pot pet  :]
tiba tiba "MI NAK IKUT FIE PEGI KARAOKE TAK?" fie tu kelasmate akulahh.satu satunya pelajar indonesia.muka macam agnes monica okayy! HAHAHA.jangan main main.part time model tuh.kerlassss~

then bla bla blaa.perjalanan bermula sebanyak dua kereta.satu kereta myVI dan satu lagi kereta SAGAFL.gerak gerak jalan jalan.entah kemana entah diorang ni bawak then sampaiiii~okayy pilih lagu.tuttt mula mula segan.then aku kena pannggil suruh pilih satu lagu.time tu aku tengah blurr kott.last last pilih lahh lagu 'ku ke udara lagi by francisca peter'.serious aku taktau nak nyanyi lagu ape sbb yang sebelum aku nyanyi semuanya nyanyi lagu lagu lama.so aku taknak lahh kelihatan moden sangat kann so aku pun join lahh sekali pilih lagu agak lama okayy!

then sampai turn aku.aku pun nyanyi lahh macam mane aku nyanyi dgn kakak aku adik adik aku lahh.alahh macam org nyanyi pi karaoke tu lahh.nak kata sedap tu taklah sedap mana tapi org org yg ade kat bilik tu semua terdiam okayy! kalau time member aku nyanyi semua macam buat hal sendiri.tapi aku pun rase semacam je semua senyap.

then aku dengar pulak "fie,dia ni memang biase menyanyi ke?macam pro lahh~"
then fie pun jawab "ye lahh dia ni memang penyanyi kat kolej.*sejak bile pulak aku penyanyi kolej eh?penyanyi jamban ade lahh haa." "sedap suara dia" okayy aku teruskan menyanyi.then clap clap clap clap untuk mimi ~habis satu lagu.bla bla blaaa.takde lahh sedap sangat.bagi aku sumbang kott.terjerit jerit.takde vokal langsung.

then aku duduk tepuk tepuk tangan.enjoy org lain nyanyi.la la laaaaa.sampai lah turn aku sekali lagi.kali ni nak gedik gedik sikit.nak jerit jerit.nyanyi lagu bertamu di kalbu by jacklyn victor.HAHAHA mampu tak mampu. nantikan kemunculan kesumbangan suaraku selepas ini.then sampai turn aku la la laaaa nyanyi nyanyi tarik tarik.jerit jerit bagai nak cabut anak tekak ni.org org lain still terdiam.so what?korang nak cakap ape up to you.yg penting aku nyanyi.korang jugak yg suruh aku pilih lagu kannnn.tapi yg pentng semua masih lagi terdiam.

then tup tup tupppp dah tamat masa.makan time !
"mimi nanti kalau kitorang panggil nyanyi nak tak.untuk event pape ke? dapat payment. boleh?" aiyooo nak tersedak mmee hun yang aku makan tuh.bia betik.sedap sangat ke suare aku ni? aiyoo sampai nak jemput jemput nyanyi bagai nihhh.then member member boys yg lain pun macam sokong je. then aku laju je geleng kepala."ish taknak lahhh.buat ape?"*soalan yg aku rase paling bodoh kott.bongok lahh kau ni mimisyafinie.dah dia panggil suruh nyanyi dah terang terang lah kau kena nyanyi.takkan kau nak pegi bakar telur tembelang pulak.giler lahh kau nih~

okayy fine aku giler jap! "alahh dapat payment lahh takkan taknak" die cakap lagi.aku just diam je tak bagi pape respons.then fie pun cakap "dia ni memang pemalu sikit.rendah diri sangat.u tau tak, kitorang dah daftarkan nama dia dekat pertandingan karaoke dia tak pergi.mengade ngade je mimi niaa.try to be humble je".ish fie ni kesitu pulak.tu [un kena bagitau diorang ke? isghhh malu nye aku  :]

the habis makan makan borak borak segala.balikk! yeayyy dapat tidur~

sesampai sahaja di kolej aku.yess dah sampai.cepatt nak jumpe katil nihhh.tak tahan dah mata ni.turun turun dari kereta "mimi bak num telefon.nanti senang kalau kalau kite nak ajak keluar lagi kann" *gulppp telan airliur.nak bagi ke taknak nak bagi ke taknak.ishh kang kalau aku tak bagi kang ape lak diorang cakap.dah lahh aku pegi jalan jalan ni tak bwak duit langsung okayy.just bawak badan je.semua diorang tanggung.makan minum segalaaa.hurmm bagi je lahh.contact biase biase je kann.memang tak lah kalau aku nak layan 24 jam kann.hellooo student okay! harap faham~ then bagi lah aku num telefon. both guys tu menunggu je aku keluarkan suare nak bagi num fon.haihhh~oraitt friends  :] "bye thanks korang!" then yg lagi dua orang pulak "mimi bagi lah num telefon nanti nak panggil nyanyi untuk event ke ape ape senang." aiyooo sorang lagi ~~

"mintak kat fie je lahh okayy? bye korang.thankyouu tau." sekiann wassalamu.

Tuesday 27 March 2012

sengal punye arnab !

assalamualaikum semuanya !

ishhh geramnya aku.okayy sabarr.azan maghrib baru je berkumandang.aku duduk duduk molek je ni haa kat atas katil online.ishh pastu si tuan arnab ni molek pulak lepaskan arnab die daripada sangkar !

grrr! and molek molek pulak si arnab tu duk main main kat kaki tuan die tuh.pastu molek molek pulak butir butir najis bergolek di atas lantai bilik aku nih !
wahh.what the ** ! aku nak sembahyang kot kejap lagi.

then molek molek pulak tuan die sapu najis najis tu semua.aiyooo still basah okayy.tak melekat ke kat lantai tuh! ke arnab punye taikk memang kering and tak membatalkan air sembahyang.ke guane? comment?panduan? pleasee aku nak sangat tahu. aku nak sembahyang kejap lagi nihh.was was pulakk!

okayylahh daripada menimbulkan perasaan buruk sangka segalaaa.BYE ! aku nam mandi and nak maghrib jap  :]

ASSALAMUALAIKUM

Sunday 25 March 2012

kadang-kadang orang tak kenal aku sape

assalamualaikum  :]

HAIH tetibe macam nak share satu topik yg aku nak share kat sini*ape bende ayat aku nih.pagi pagi dah giler~hmm macam mane aku nak start eh? okayy bercakap mengenai FB dan juga alam nyata.aku sangat berbeza okayy.seriously aku nak mengaku kat sini aku ni cuma nampak banyak cakap kalau time aku menulis, menaip or anything yg tak berkaitan dengan bercakap.macam kat FB ni aku suke majalkan orang, kenakan orang.gurau gurau manje dengan orang orang kat FB ni.even aku pun tak brape nak kenal.hurmm macam kat kolej aku ni.aku kenal semua semua yg kat kolej ni daripada FB je.like status,comment status.itu aje.aku comment seolah-olah macam dah kenal rapat.padahal kalau jumpe depan depan aku kalau boleh nak pakai selimut memanjang.taknak bagi orang kenal aku sape.sebenarnye aku pun segan kottt~

heehee.mesti orang macam pandang aku macam pelik sbb tak sangka aku cam gini.kat FB bukan main kepohh nak mampus.siap ade blogg lagi.haishh.sampai ade orang kenal aku melalui blogg ni haa."alahh kenal dah mimisyafinie.die ade blog kan?" statement budak kolej aku.tak leh blaa kan.glamour sangat!
HAHAH "takde maknenye.blogg aku ni just nak share je ape yg aku alami dalam hidup aku.takde niat nak kepoh kepoh punn.yg pasal blogg aku famous kat kolej ni bukan aku yang selok nak kepoh kepohh.senior aku kot yang share linkk blogg aku kat group page kolej aku.takkan aku nak halang and mengamuk macam gergasi kat situ.lagi lahh aku suke kann.semakin ramai orang melawati blog aku.terima kasihh  :]"

and bile kat dunia nyata maksudnya bile aku jumpe dgn hamba hamba Allah semua ni.aku jadi macam tak berani nak tegur tegur ngan diorang.kalau boleh aku nak jadi pendiam je kat kolej ni.malas nak kepoh kepohh.and kalau ade award student paling senyap aku nak bolot award tuhh.huhu.bukan ape.buat ape nak kepoh kepoh kann.buat macam biase sudahh.alahh macam jugak senior senior kat kolej aku ni.dalam fb je kepohchi.bile jumpe depan depan.semua diam jugak okayy~kire sama lahh tu.aku ikut baka atas.

and sejak aku masuk feseni ni orang dah macam pandang aku lain macam.yelahh org budaya sape nak pandang kan.semua orang anggap sosial kan.yelahh kalau dah sorang macam tuh mesti yg lain and sekutunya pun begitu kan.mungkin orang pandang aku pun macam tuhh.pandangan orang kann.kite tak boleh nak halang.maybe aku bertudung pun orang still tak boleh nak pikir aku ni alim ya rabbi ke ape kan.terserah kat mereka.tapi dari segi pandangan diorang kan.pendapat masing-masing.diorang ade hak.

tu lahh.aku mmg tak puas hati sikit kalau bab macam.sebenarnye pokok pangkal awalnya aku memang tak hingin langsung masuk course yg aku belajar skrg ni [seni persembahan-tari] setiap kali orang tanye aku "belajar kat mane?"-aku pun jawablah "UM". "owhh hebatnyee! ambik kos ape?"- aku pun jawablah "seni persembahan". terus orang tu cakap "wahh artis lah ni.kos tu bagus okayy.tak semua orang dapat kos macam tuh".
aku taktau maksud di sebalik kenyataan itu.adakah aku ni seorang yg bertuah ataupun memang dah nasib aku dapat kos nihh.and situasi lain plak orang tanye aku.ambik course ape?-seni persembahan.then muka orang tuh berubah.aku dah faham reaksi tuhh.kadang kadang pendapat org lain kann.yelahh aku tak mampu lahh nak jadi doktor.lawyer bagai kan.ambik kos medic, dental segala bagai nihhh! bukan bidang aku kott.

macam yang baru-baru ni.aku berlatih untuk festival seni dalam bidang tarian.semua orang yang lalu lalang kat situ cuma pandang sebelah mata.nak nak bile yg set set tudung labuh tu.ishh~ aku tau lahh bidang yg macam menari menari ni macam mendedahkan aurat sendiri kan.dah ni bakat yg aku ade.takkan lah pulak aku nak bace surah kott time menari menari tuh semua.*astarghfirullahalazim~ HAA datang dah ayat laserr aku ni haa.aku geram jugak kadang-kadang.
*hee cuma sorang je yg lalu kat situ then berhenti kejap lepak lepak tengok tengok kitorang menari.kui kui kui.thanks MR.AZ ! HAHAHA gedik seyhhh~*

dah lahh.lagi banyak aku tulis ni kang lagi banyak kontroversi yg timbul.aku cuma nak menyatakan pendapat aje.and ape aku anggap pada pendapat orang lain.itu saje.tak de kena mengena dengan mane mane pihak yea.saye menyusun 10 jari sekiranya ade yg tersinggung dgn entry ni.maafkan saya  :]

sekiannnn  :]

kadang-kadang haiwan peliharaan pun nakal jugak !

HAI HAI HAI assalamualaikum  :]

hee hee kali ni ade cite baru lak !
macam ni.roomate aku kan ade bela arnab dalam bilik kitorang ni kann.name die PUFF ~
boleh dikatakan comel lahh jugak.macam bulu singa pun ade.sampai mata pun tak nampak.haha.aku pernah kot jentik telinge arnab tuhh.nasib baik die tak lehh cakap.kalau tak dah lame dah die mngadu kat tuan die.kui kui kui~ bukan ape.sekadar bermanje.

HAHA berbalik kpd cerita asal.begini arnab ni takde lahh macam bile tuan die suruh buat ni die buat ni.bile tuan die suruh buat tu die buat tu.tak tak takk.arnab ni sangat gedik okayy.depan tuan die baik baik je tauu.bile belakang tuan die.ya rabbi perangai~macam hareemmmm~ ade ke patut die pergi selongkarnye almari tuan die.ishh aku nak halang kang ade plak aku kena sengat dgn si arnab tuhh.bukan ape sbb dulu aku penah nak terkam kepale arnab ni.pastu die buat style macam kucing mengamuk tuhh.aiyooo first time kott aku jumpe arnab buat macam tuhh.

almari tuan die dah bersepah habis dah.dengan plastiknye terkeluar habis.ishh aku nak kemas kang jadi lain plak.then bile si arnab tu dah habis selongkar almari tuh tup tup tuan die balik.cehhh~aku senyum je lahh.then tuan die macam paham paham je."PUFF !" terus keluar dari mulut tuan die.bla bla blaaa~ dan dan je arnab tuh lari masuk bawah katil.siutt punye arnab.pastu tuan die macam balik sekejap tau.pastu keluar balik.arnab tuh pun keluar balik carik plak bende bende yg nak kena korek korek.last last tuan die punye kotak ape tahh die korek korek nye.tapi tak berlubang pun.bunyi je lebih.cehhh action lebih!

arnab pun talam dua muka okayy~beg aku pun habis rabak.nasib baik tak kelobong besar.aku punye almari dah kelobong dah kat bawak tuhhh.entah ape tahh motif yg die buat.aku punye wayar laptop pun dah nak putus kottt! ishh aku diam kan aje~

dah lah sampai sini je lahhh.
macam singa kan?HAHA.okayy lahh bye.assalamualaikum  :]

Saturday 24 March 2012

sudah lahh!~

assalamualaikum :]

emmm sudahlahh~ aku malas nak ambik tau dah pasal mamat tuh.tak kemana mana pun kan.malas lahh nak menggedik gedik.minat kat dia konon.faedahnye? CEHHH~

"buang mase kau je mimi.die tak pandang kau pun".

"hello aku bukannye nak dia pandang aku or tatap muka aku ni sampai boleh kire brape ketul jerawat ade!"

"dah lahh mimi.tak payah nak berangan.kau suka tengok muka dia je kan?so hentikan saje lahhh"

"memanglahh aku suke tengok muka.tapi disebabkan semua bende dah jadi putar belit.mampu ke aku nak kawal mulut orang.kau boleh?tak kann"

"putar belit?asal pulak?"

"sekarang ni pokok akar tunjangnya awal awal nya aku cuma suka tengok muka dia je.tak lebih drpd tu pun"

"then?so what?"

"dah lah malas nak layan."

Friday 23 March 2012

dia tetap hensem okayy~

assalamualaikum  :]

HEEHEEE.bertemu kembali sorry banyak keje lahh sekarang.kena handle projek akhir semester nanti.blaa blaa blaaa.okayy kan aku ade bagi tau kan kat entry lepas lepas yang aku kalau pagi pagi pergi bilik study kat kolej aku ni kann? HEE HEE yelahh memang lahh niat tuh nak study.sebab kalau study kat dalam bilik.aku tak aman kott.kenapa?hanya yang tahu saja yang tahu.aku malas nak explain kat sini.HAHA HAHA.

tapi kalau tiap tiap pagi aku kat sane aku boleh nampak dia hari hari tauu.hee bukan aku nak ambil kesempatan.cuma aku mendapat kesempatan dalam kemuliaan.*takleh blaa kann~

yelahh aku punye bilik study tuhh menghadap ke tempat parking motor budak budak blok lelaki.so takkan lahh aku nak pusing bangunan tuh kan? hHAA so automatik laa boleh nampak kan.hee hee.yang aku tak leh tahan nye macam aku boleh rasa dia akan ade lalu kat situ sbb aku berdebar debar.ishh~ ya Allah ape lah nak jadi dengan aku ni kan? nak kate gedik pun ade.HAIHHH tapi ape maksudnya kalau aku berdebar debar tuh? aku pun tak tahu... semuanya menjadi dott..dott...dottt...

huhuhuuu~ alhamdulillah dia tetap hensem okayy :]

Friday 16 March 2012

FESENI 2012 *tarian india

assalamualaikum :]

namastey~

ouhhhyeahhhhh kemenangan pingat pertama untuk kolej kediaman pertama.kemenangan berbayar untuk tarian kreatif dan tarian asli.HUHHHH sangat berbaloi dengan penat lelah kitorang! huhuhhh tiga minggu terloncat terpeleot terkoyak kulit kaki terkucil terkencing dalam seluar terkoyak seluar duduk bangun perghh sangat penat okayyY! then malam bertanding sangat ALL OUT okayy sampai aku nak telan airliur pun tak sempat! energy harus jaga.its okayy kitorang dah minum redbull dan snickers before on stage. we did a great job actualy !!

tahniah ASTARI  :]












thanks kak oggie thanks abang anas thanks abang dollah !
thank semuaaa ! 
[kak queency kak adeline kak tutty abang ayie abang apit xin and mira]
TERBAIKKK LAHH~

Wednesday 14 March 2012

FESENI 2012 *tarian kreatif

assalamualaikum.

selesai sudah pertandingan tarian untuk kategori tarian kreatif.alhamdulillah.persembahan yang bagi aku sangat simple.kalau sama sama and seragam lagi cantik.tapi kami punye latihan macam kurang lahhh.so tak boleh nak bentuk appereance dancer tuhh.yelahhh nak asah belakang parang pun ambik masa yg lama kan? bukan senang nak ajar ketam jalan lurus kan?

okaylahh yg penting dah buat yg terbaik.kolej kediaman pertama tidak merangkul ape ape. takde rezeki nak buat macam mane.cube lagi tahun depan  :']




yg penting kostum sangat meletop okayyy! i like  :]
dah lah sekian terima kasih.

FESENI 2012 *tarian asli

assalamualaikum.apa khabar semuanya

pertandingan feseni untuk tarian asli dah lepas.terlepas lah satu azab.alhamdulillah.walaupun keputusannya tidak menyebelahi kitorang.takpe menimba pengalaman itu penting okayy.memandangkan aku kali pertama join semua semua benda ni agak gemuruh sedikit.sampai aku dah kelaut kat atas stage tuhh.orang duduk aku plak sorang sorang berdiri.gemuruh punye pasal.huhh! perasaan kat backstage takyah cakap lahh.sangat nak tercabut jantung.lepas tu dah umumkan plak kolej kediaman pertama sangat gugup tau! masuk masuk stage dah start menari.awal awal cantik.dah tengah tengah kelaut aku! HURU HARA~

takpe lahh yg penting aku dapat pengalaman.and kalau join lagi tahun depan.insyaAllah aku akan buat yg terbaik.untuk diri aku sendiri dan kolej aku ni.

tarian inang  :]



sekian terima kasih  :)

lelakiku dihatiku

assalamualaikum  :]

okayy dunia fantasi aku masih berlarutan tau.belum habis lagi ni.ehemm ehemmm

memandangkan cerita nya sudah menyimpang sangat sangat sangat.
memandangkan semua orang dah tau.
memandangkan tuan empunya badan pun macam dah tau
memandangkan nanti aku takut jadi lain

aku nak buat rumusan kat sini.okayy memang si AZ ni hensem,smart,comel semua serba lengkap lahh.anugerah TUHAN.alhamdulillah.aku memang suka tengok muka dia.

#aku just suke tengok muka dia
#aku tak berniat pun nak jadikan dia boyfriend
#aku tak berniat pun nak jalinkan pape hubungan
#calon suami apetah lagi

wehh aku masih belajar kott.aku tak berani nak balancekan study dgn cintan cintun ni.erghh! okayy sekarang ni tutup cerita.FESENI pun dah habis kann.oleh kerana aku mula suka tengok muka dia start drpd mulanya aku latihan feseni.sekarang ni feseni dah habis so habislahh tempoh tersebut okayy.selamat akuu ~

FESENI DAH HABIS SO TEMPOH MALU AKU DAH HABIS ~
OUHHHHYEAHHHHH

Saturday 10 March 2012

daripada suka menjadi kepada fobia dengan si dia :'X

assalamualaikum  :]

aku ringkaskan cerita okayy! pagi tadi latihan tarian india.pastu latihan tarian asli.HAIHHH ade juga dia datang tengok.sape?sape? si AZ ni lahh~ senior aku ade sorang cakap "wehh mimi aku rase kan semenjak dua menjak ni kan selalu je die datang tengok kite berlatih.aku rase die pun minat kat ko lahhh" aiyooo statement sangat okayy! tidaknyelahh nak mengharap tapi takkan lahh kot.aku ni sape je.tak layak dengan taraf dia.die AJK kolej kott.besar tuh pangkat.so langsung tak sesuai dengan aku ni yang hanya menjadi tukang terlompat terkinja macam monyet kat kolej aku ni.HAHA.and kenyataannya "aku just suke tengok muke dia.bukannye aku nak jadikan die boyfriend or bakal suami lahh!"

and semakin hari semakin lama aku rase si AZ ni dah tau lahh.yelahh mane taknya kalau nak diikutkan hari hari senior aku menganjing aku masa si AZ ni lalu or duduk kat situ.si AZ ni plak tak bodoh kot.mesti lah die perasan kan?ishh

then nak dibesarkan cerita lagi.tadi ade event tau kolej ni.event macam caring caring sikit lahh.sebab budak kurang upaya datang melawat kat kolej ni.so ade lahh majlis penutupan kan?and si AZ ni kan AJK kolej so die pun terlibat.dengan baju smart giler.dengan rambutnye terpacak tegak! mula mula aku tak perasan langsung tau.tapi senior senior aku lahh macam jeling jeling kat aku.aiyoooo senior senior aku ni plak kadang kadang over jugak tau.ishh~

time tuh kitorang dah nak start tarian asli tau.so aku pegi lahh kat radio tuhh.bukak lagu.dengan tak semena mena si AZ ni datang duduk kat kerusi yg berhampiran dengan radio tuh.then aku kena mencelah kat depan die.ya Allah.bayangkanlah ape yg aku rase.aku tengok muke die pun dah berdebar apetah lagi die ade dekat dengan aku ni.grrrrrrrrr! senior senior aku yg lain tak terkata ape time tuh.nak gelak tapi tak tergelakk.

si AZ ni pun satu.ade ke patut buat macam tuhh.die saje je ni aku rase.sebab die dah tau kan aku minat kat die.tunjuk macho lah kononnye~

Friday 9 March 2012

aku di ambang ke puncak!

assalamualaikum  :]

aku sebenarnya taktau nak mula cerita ni daripada mana.aku pun taktau nak bayangkan ape yg aku rase sekarang ni.haiyAAA!

ceritanya bermula begini.seperti biasa selagi zaman FESENI tak berakhir selagi tu lah aku akan menjalankan latihan sepanjang malam.tak kira lah tarian kreatif ke tarian india ke or tarian asli.so macam petang tadi aku ade latihan tarian asli.masa awal awal latihan tuh aku pakai lah baju yg agak macam bergaya lah sikit kan.pastu si AZ ni adelahh LALU je kat situ.dia nak pegi makan kot sebab dia turun tangga ke DM.then dah try dua tiga round menari badan macam melekit kann sebab pakai baju bukan baju tshirt.so tak serap peluh.then aku pegi lah tujar baju.

balik je dari tukar baju tu senior senior aku semua cakap "alahh mimi lambat sikit je lahhh.si AZ ni baru je duduk sini borak borak" pastu aku buat bodo je lahh.malas nak nampak malu sangat.padahal TUHAN je lahh yg tau ape yg aku rase mase tuhhh.belum nampak muka lagi aku dah berdebar giler.HAIHHH.then tak kisah lahh sebab siAZ ni pun aku tak nampak pun.so buat like normal jee.then menari mmenari pung pang pung pang.rehattt!!! time tuh nak pukul 7.45 jugak lahhh.lepas smbahyang maghrib.HAIHH si AZ ni ade la lalu.pakai smart smart dengan baju hijau astar tu lahh*kolej aku die lalu nak pegi bilik mesyuarat.pastu aku nampak then semua senyap macam ade malaikat lalu je.HAHAHA.so aku masih buat macam biase je.sebab dah tak nampak batang hidung dia.huhhh legaaa~

tiba tiba dia keluar daripada bilik mesyuarat tuh bawak kelauar laptop then duduk kat kerusi tempat kitorang menari tuhh.aiyooo~ buat ape pulak mamat ni kat sini?? haihh bawak laptop pulak tuhh so mesti akan duduk lame lame kat situ.then dalam sepuluh minit macam tuhh lepas si AZ ni dah puas tengok kitorang menari [yg penting dia bukan tengok aku okayy~] then dia masuk balik dalam bilik mesyuarat tuh.time tuh kitorang tengah rehat rehat.time tuh datang lahh kak nurul*koreografer untuk tarian kreatif.lepak lepak jugak lahh dengan kitorang.then budak budak kreatif pun ade kat situ.tunngu masa nak berlatih jeaaa.so masing masing borak borak.tiba tiba senior aku yg tgh borak borak ni terdiam.

*petanda dah mai petanda dah mai
then aku pusing pusing belakang PAP! dia ade kat  belakang aku tgh jalan bawak beg nak pi mane entah.senior aku semua say hai lahh kat si AZ ni.aku just pandang dia macam tuh je lahh.die pun pandang aku sekali imbas macam tuh je lahhh.macam pandang member member yg tak berapa nak rapat lah kan.pastu senior aku ni gelak gelak.kak nurul ni pelik lah kenapa senior senior aku ni gelak gelak sambil pandang ke si AZ ni.kak nurul lagi best dengan suara nya yang lantang dia cakap macam ni kat si AZ "ehh dik, ni[*sambil tunjuk ke aku] nak kenal dengan ko".aiyoooo! benda yg tak diduga berlaku lagi.aku memang tak tau cakap ape.ayat ni keluar sendiri dari ulut aku untuk mempertahankan diri "ish mane ade lah kak".kak nurul pandang aku senyum je."heh ko ni mimi lain kali jangan tunggu laki cari kita tau.kita yg kena cari laki !"

okayy aku terdiam.senior senior aku yg lain mmg dah tergelak awal awal dah.budak budak kreatif aku macam macam pandangan.aku taktau sama ade diorang akan pikir macam mane. adakahhhh..

#1 wahh mimi minat kat AZ.wah gosip terbaru ni
#2 ishh perasannya mimi ni ade hati lahh nak dekat si AZ ni
#3 eee muka tak lawa mane tapi minat kat abang AZ yg hensem ni
#4 ehh nak ke si AZ tu layan ko mimi

"aduh macam macam aku rase orang akan anggap lahh~"

OKAYY tarian asli dah habis! thankyouu guys  :]
tarian kreatif bermula.aiyooo tulang belakang dah nak tercabut dah ni.AIHHH~
blaa blaa blaaa tarian kreatif! one two three four five six seven eight blaa blaa blaaa  :X
tarian kreatif pun dah habis.kak nurul pun dah balik.and ade sikit je budak budak kreatif yg mintak tolong aku ajar step.
TIBA-TIBA.. si AZ ni datang kat tempat kitorang berlatih tuhh then berdiri terpacak kat situ.sangat dekat okayy.aku taktau ape yg die tengok.maybe die bengang dengan statement "ehh dik ni orang nak kenal ngan ko ni !" or tak pun die rase tercabar.dengan pandangan mata dia tuh*aku just jeling jeling and just buat macam biasa biasa je.macam takde pape berlaku.then senior aku ni jerit "wahh mimi dah tak boleh mengajar*dalam bahasa cina.so that semua orang melayu kat situ tak faham" gigih aku okayy then aku teruslahh ajar budak budak kreatif ni.ishhh! seriously berdebar giler kott~ TUHAN je lahh yg tau ape aku rase.pastu at last ade lahh sorang budak yg aku ajar tuh macam 'perasan' si AZ ni tengok dia so die cakap lah kat si AZ ni "takyah nak pandang pandang sangat lahh" then si AZ ni gelak then terus blahhh~

dah makin dahsyat cerita aku ni
MAKK! ABAH !! MIMI ! IQA ! ILA ! tolong finie wehhh~

Thursday 8 March 2012

ni lahh susah kalau dapat lecturer yg celotehh*

assalamualaikum  :]

tadi aku pegi kelas.pastu lect aku check lah aku punye kertas kerjaaa.HAHAHA ade macam beberapa helai berterabur sikit.pastu die punye membebel haa ambik kau :

"ape hal pulak kau susun macam ni.ishhh budak ni.ko ni memang giler kan! HAA kat facebook bukan main lagi kau ehh.gila bayang lahh!*[satu] HAA sehari tak nampak jadi giler lahhh*[dua] HAA ko jangan nak main main mimi*[tiga] ko jangan nak main jantan sangat*[empat] belajar belajar mimi ko belajar betul betul"

sedikit kePERLIan berada disitu dan ada sedikit pesanan untuk aku.alahh biasalahh dia memang macam tu kott.kalau nak marah kitorang mesti die akan kaitkan dengan kita punye perangai luar daripada kelas.macam pegi keluar jalan jalan laaa pegi karaoke lahh ade show kat luar lahhh macam macam lahh nak nak pulak bile ape yang kita buat or post something anything whatever lahh mesti die akan ambik tau punye.grrr!

HAIHH tapi nak buat macam mane kalau perangai giler bayang tu takleh hilang laa.aku dah jadi taksub dengan muka dia.sangat hensemm okay! alhamdulillah anugerah TUHAN yang dia dapat.aku tumpang bersyukur  :]

thats all  *love

Tuesday 6 March 2012

kejadian di luar duga~

assalamualaikum dan selamat.
bersama saya lagi bersiaran langsung dari Anjung Ilmu Astar.

berita pertamanya..

seperti biase semalam malam aku ade latihan menari.tarian asli.lepas tu tarian kreatif.lepas tu sambung plak tarian india.haihh exhausted giler babann~
tapi tiap kali aku ade latihan pasti ade pengubat keletihan aku.wuwuwu! *gedikk
haihhh mr.AZ kenapa lahh muka kau tu macam ade power ehh? setiap hari aku menunggu nunggu kau punye muka.dan yg aku peliknye bile nampak muka kau aku berdebar.ape yg ade kat muke kau tu eh? yang aku lagi peliknya.masa awal awal aku masuk dulu macam tade pape tau.tapi sekarang ni semakin lama macam %&*$#@!^%&* !!!

okayy nak dijadikan cerita.semalam tengah aku menari tarian asli.sebelum nak start tarian tu mrAZ ni lalu laa kat tempat latihan kitorang tuhh.pastu bile die nak lalu lagi sekali kitorang dah mula menari.dah laa dia lalu kat bahagian belakang.then aku punye tempat pulak kat belakang sekali.then ade plak pergerakan pandang belakang.then bile aku pusing belakang dia ade betul betul kat belakang aku lahh.setapak je jaraknye hAAAA.senior senior aku ni semua dah gelakkan aku awal awal dah.aku yg tgh menari ni jadi tak huru hara dahh.entah ape ape aku menari~

tahap kepantasan jantung aku takyah cakap laaa.kalah jet kat awan tuh aku rase!

Monday 5 March 2012

siti nurhaliza masuk kuala lipis

assalamualaikum.HHAHAHA

tajuk entry yang tak leh blaaa.koya artis sehh~

okayy ceritanya begini.semalam aku ade latihan menari.tarian india.then badan pun berpeluh peluh laaaa.very the penat maa.lepas tu aku ni ade 2 assignment yg belum complete.besoknye nak submit.AIYOOOOO! *sempat lagi kan tulis blog.mmg giler laaa budak ni.

lepas tu habis je latihan tuhh aku pegi lah masuk bilik study ni.sebab barang barang aku mmg tinggal separuh kat dalam bilik.korang tau tak sekali aku masuk dalam bilik tuhhh.semua orang kat dalam tuh macam tak jadi nak study tau! ishh.nak kate muke aku ni macam hantu tak lahh jugak kan.kalau berpeluh peluh tu kire normal la kan.baru habis.ishh malu giler aku time masuk tuhh.nak pegi bilik study pun salah ke? dahlaaa barang barang aku tuh kat dalam bilik study yang lagi satu.so aku kena menempuh makhluk makhluk Allah yang ramai ramai ni dulu.

haiihhh kenapa eh?mase tu macam aku rase aku jalan catwalk kat atas stage yang membuatkan semua orang nak pandang.segannnyeee laaa.ni lah susah kalau orang bergiat aktif sangat!
bergiat aktif apekebendenye lahh hehh~
kalau setakat menari terkinja kinja tu ape lahh sangat.

dahlaaa.sebab tu lah aku anggap aku ni macam siti nurhaliza masuk kuala lipis.sebab oang kenal aku and aku tak kenal orang  :]

situasi yang aku rasa macam nak tutup muka guna selimut !

okayy assalamualikum untuk kali nie  :]

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! jerit jap!!!!!!!!!!!!!!!!

haihh tadi macam biasa lahh rutin aku.ade latihan menari.*HAHAHA aku suka giler kot time berlatih malam malam.bukan ape sebab aku boleh jumpe pengubat rindu aku.kehkehkeh!

then tadi malam aku duduk lah terkinja kinja menari tarian india tau.time tuh aku ajar senior aku ni step.bukan lahh aku ni terror sangat sampai nak ajar senior sendiri.tapi dia tak datang semalam.aku pulak berpasangan dengan dia*girl okay! time aku ajar datanglahh si AZ ni.OMG muka aku dah terasa bahangnya.ya Allah.ape dia buat kat sini? si geng aku ni,abang syafiq duk plak berborak dengan dia.alamakkkk abang syafiq ni saje je kan.sebab dia dah tau pasal si AZ ni org yg aku minat.lama plak tuhh.pastu senior aku yg aku ajar tarian tuhhh dah tau jugak pasal si AZ ni.aiyooo dia plak cakap cina ngan aku.aku pun layan lahhh! then si AZ ni tanye lahh dekat abang syafiq "dia pandai cakap cina ke?" abang syafiq pun layankan aje.

then si senior yg aku ajar tadi buat perangai giler."hallooo ni lahh mimi.dia pandai tau.semua dia tau.cakap melayu,cakap cina,wahh dia hebat lahh!"

aiyooo aku dah tau nak tutup muka dengan ape dah ni.aiyooo ! aiyoooo! aiyooo!
ape yg die buat? no comment  :]

okayyy.cerita tergantung di sini.

Sunday 4 March 2012

dua watak yang membuatkan aku berfikir :']

assalamualaikum dan selamat pagi
*seperti biasa aku penghuni pertama bilik Anjung Ilmu Astar atau kalau nak dipendekkan AIA.bukan AIA insurans tu  tau tapinya Anjung Ilmu Astar.haaaa~

okayy dua watak yang membuatkan aku berfikir.sekarang ni topik aku takde kena mengena dengan study tau.so aku try nak adjust otak aku supaya benda ni semua tak termasuk dalam syllabus study aku.MUAHAHAHAA boleh ke?

pendahuluan
pada suatu ketika itu aku adalah meminati seorang mamat ni lahh.okayy kalau nak senang nama dia AZ*bukan nama sebenar.aku suka tengok muka AZ ni.hensem laa jugak bagi aku.aku kalau boleh nak tengok muka dia hari hari.sebab bukan ape aku kalau tak tengok muka dia sehari rasa macam tak complete lahh! aku pun taktau kenapa.then bile aku terbayang muka dia aku jadi berdebar.*sekarang bila aku cakap pasal dia ni sumpah aku tak tipu.aku berdebar!*HUHH! kenapa eh?aku takut pun ada kadang kadang.then aku ade lahh post status kat FB pasal mamat AZ ni.

#1 kenapa dalam ramai ramai muka kau yang paling aku suka tengok? 
pastu ramai lahh orang comment "sape?aku ke?".then ade jugak yang perasan "ish.jangan lah cakap kat sini.aku malu lahh mimi".pastu ade plak yang mengaku diri sendiri just comment "thankss~" jee.macam macam en?aku suka buat status yang buatkan orang nak comment.HEEEE.tapi takde orang pun yang tau.sape dia.


then aku post lahh status lagi

#2 kalau sehari tak tengok muka dia rasa macam tak lengkap lah plak :')
pastu ade lagi orang perasan then comment "sape aku ke?"
aiyooo biar lahh diorang syok sendiri.lagipun buat ape lahh diorang nak aku suka tengok diorang.lagipun aku ni bukan sape sape.cuma insan biasa jeee.tapi kalau dengan si AZ ni aku nak explain dari A ke Z mesti akan stuck terus dekat huruf B atau C.cam mane?bila hati bersoal.kita sendiri pun tak leh nak jawab.

then aku post lagi status

#3 hensemnya diaa :] 
raai lagi orang perasan and comment.grrr! biarkan mereka.then senior aku ni ade lahh terbaca status aku ni.lepas tu plak aku ade jumpe senior aku ni.dia pun duk soal aku macam macam "sape mimi hensem?budak yang menari tadi eh?ehhhh gatal eh ade hati dengan budak baru!" ish budak baru mane plak abang ni.budak menari mane plak ni?grrrr! tanpa tidak sedar aku dah cakap "alahh dia takde kaitan dengan menari or kebudayaan pun bang" aku sendiri cakap okayy.and aku sendiri rasa macam alamak belon dah nak meletup ni.rahsia aku akan terbongkar.pastu senior aku ni punye lahh bijak duk pikir sape lahh makhluk Allah tu.grrrrr! apesal lah beria sangat abang ayie ni.dia buat lahh kenyataan sendiri.kalau bukan budak menari sape lagi yang selalu kita jumpe eh.diorang berbincang macam tgh discuss pasal masalah negara tau.then dengan tak semena mena nya diorang senyum sama sendiri.and muka aku dah terasa bahangnya.

m a l u u u u ~

rupenye abang ayie ni memang dah kenal rapat dah dengan mamat ni.siap offer num telefon lagi tau.aiyooo tidaklahh aku jadikan muka dia sebagai orang yang aku suka tengok je bukannye nak jadikan calon boyfriend.tunggang langgang lahh study aku!pastu abang ayie ni siap warning kat aku lagi kalau aku buat hal kat tari memang dia akan bagitau dekat si AZ ni yg aku minat kat dia.ohhh tidak! aku di dalam pengawasan.alahh~ chill lahh takkan nye abang ayie tu nak ambik tau pasal kau.dia pun study jugak.banyak lagi keje yg dia boleh buat kann.buat bodo je lahh mimi.heee~

pastu cerite ni sampai plak kat senior aku lagi sorang AF*bukan nama sebenar jugak.hurmm.aku nampak tau perubahan muka dia time dia tau aku ade orang yg aku minat.AF ni selalu ajak aku gi makan sama sama.kadang kadang gurau gurau macam abang and adik lahh.aku pun anggap si AF ni macam abang aku.tak lebih daripada tu.and semalam dia ajak gi makan tau.okayy lahh aku ikut je lahh.macam biase biase.then korang tau tak dia just diam and tak macam selalu sejak daripada kenytaan yang aku ade minat kat orang ni tersebar.HAHAHA adakah dia jeles.ohh noo! jangan nak perasan yea mimi.mane lahh tau dia ade problem ke.sebab tu dia diam kan.alahh kau takyah laa nak pikir pikir.dia tu satu jabatan dengan kau je.lama lagi masa sama sama.so just act macam adik beradik je.kannn?settle! 

tapi yg penting AZ adalah aku sangat dan paling aku suka.
*ya Allah sumpah tak tipu aku sekarang tengah berdebar!

ish sekarang ni persoalan aku adalah

#kenapa baru sekarang aku rasa macam ni? kenapa tak dari mula mula orentasi hari tu!

#adakah ini petunjuk Allah? wallahualam.

#kenapa dia?

#kenapa bila tengok muka dia aku takkan berpaling ke tempat lain?

#kenapa bila aku terbayang muka dia pun aku jadi berdebar debar giler?

#kenapa kalau dalam sehari aku tak nampak muka dia aku jadi macam tak tentu arah?

#siapa dia yg sebenarnya?

semua persoalan itu biarkan ia tidak terjawab.
dah lahh aku tengah berdebar ni.type pun dah tak betul dah.asyik tekan button 'backspace' je
okayy bye assalamualaikum  :]

addicted to Jacklyn Victor - Bertamu di Kalbu song :]

assalamualaikum  :]

okayy.just nak bgtau jee.aku sekarang dah makin suka dengar lagu ni.bukan ape.lirik dia pun best.ade jugak kena mengena dengan aku.pastu melodi dia pun macam menaikkan semangat aku.aku pun jadi macam "wowhhh!" bile dengar lagu ni."bertamu di kalbu" memang best lahh.kalau boleh hari hari aku nak dengar kott~tapi memang hari hari pun aku dengar.

yang versi jacklyn victor punye kurang best lahh.aku lagi suka dengar versi Salma Mentor 5."her voice wes da boommm!" kalau tak percaya dengar lahh ni :


ape macam?meremang kan?kahkahakahh tu lahh aku dah cakap awal awal.salma memang meletop lah!

Thursday 1 March 2012

setiap kali aku nampak dia.aku cuba nak elak tapi....

  assalamualaikum   :]

entry yang agak malu bila aku nak type.cerite die cenni, aku pun taktau macam mane nak mula.adalah sorang makhluk Allah ni.aku just kenal dia mase minggu haluan siswa.minggu haluan siswa tu macam junior junior baru masuk lahh.ala ala macam minggu orentasi gitu.so aku anggap dia tu senior aku.umur dia macam taknak ambik tau je.tak kisah laaaa.bukannye aku nak pilih jadi calon suami pun.just nak cari orang yang aku suke tengok.

okayy.awal awal dulu aku macam taknak ambik tau je pasal senior senior ni.aku just anggap macam life aku tak terlibat dengan orang lain.cuma dah masuk sem 2 ni aku rase lain.hee heee*gedik! bukan ape sebab aku dah masuk program kolej.so aku dikira macam siti nurhaliza masuk kuala lipis.HAAA macam tu lah aku.orang kenal aku budak kebudayaan.tapi aku? kenal orang pun tak.bila orang tengok aku diorang senyum.seolah olah macam dah tau aku ni sape.tapi aku tak kenal diorang.dengan selambe aku balas senyuman diorang yang sweet mweet tuhh~

then pada satu malam nampak lahh mamat ni.niat aku just nak pandang jeling jeling jea..tapi niat tuh macam dah menyimpang.aku cuba nak elak untuk pandang dia.tapi bila aku dah cuba nak elak.mata aku macam ade magnet kat dia.nak kata hensem tu tak lah hensem sangat.kalau ikut taraf aku ala ala macam zul huzaimy pun ade.hensem lah bagi aku.sweet je muke dia.bukanlah aku cakap kat kolej ni takde mamat hensem.tapi yang lain aku macam layan tak layan je.sbb ade separuh aku dah tau dia dah ade girlfriend.so takmau kacau daun.tapi dia ni? aku sendiri tak tau nak agak.

ish aku pendam je ni.blog ni lahh yang jadi tempat lepas perasaan aku.serius wehh sekali aku nampak dia.macam nak tenung je muka dia.macam tadi aku tgh turun tangga then dia tengah jalan kat blog yang bertentangan dengan tangga yg aku turtun tuhh.ya Allah bayangkanlah ape yg aku rase.nak kate berdebar tu tak lah jugak.tapi dia ade tarikan tau.and aku sendiri pun taktau! macam satu malam tu dia ade tengok aku punye group ade latihan.kalau sebelum sebelum ni dia just lalu and pandang sekali jeee.tapi malam tu ya Allah dia dengan pakai jacketnye.bukak jacket dia.then letak helmet dia kat atas meja area situ.haihhhh jejaka yang aku suke tengok ade dekatt je dgn aku.astargfirullahalazi tabahkan hati mimi.buat macam takde pape yg jadi.buat buat biase je.die pun ade jugak pandang pandang aku.tapi takdelahh sampai nak tenung macam aku tenung dia.haihhh siapalah aku ni kannnnnnnnnn.orang bawahan je.

cerita tergantung disini*
ok bye !
assalamualaikum  :]