nuffnang ads

Sunday 25 March 2012

kadang-kadang orang tak kenal aku sape

assalamualaikum  :]

HAIH tetibe macam nak share satu topik yg aku nak share kat sini*ape bende ayat aku nih.pagi pagi dah giler~hmm macam mane aku nak start eh? okayy bercakap mengenai FB dan juga alam nyata.aku sangat berbeza okayy.seriously aku nak mengaku kat sini aku ni cuma nampak banyak cakap kalau time aku menulis, menaip or anything yg tak berkaitan dengan bercakap.macam kat FB ni aku suke majalkan orang, kenakan orang.gurau gurau manje dengan orang orang kat FB ni.even aku pun tak brape nak kenal.hurmm macam kat kolej aku ni.aku kenal semua semua yg kat kolej ni daripada FB je.like status,comment status.itu aje.aku comment seolah-olah macam dah kenal rapat.padahal kalau jumpe depan depan aku kalau boleh nak pakai selimut memanjang.taknak bagi orang kenal aku sape.sebenarnye aku pun segan kottt~

heehee.mesti orang macam pandang aku macam pelik sbb tak sangka aku cam gini.kat FB bukan main kepohh nak mampus.siap ade blogg lagi.haishh.sampai ade orang kenal aku melalui blogg ni haa."alahh kenal dah mimisyafinie.die ade blog kan?" statement budak kolej aku.tak leh blaa kan.glamour sangat!
HAHAH "takde maknenye.blogg aku ni just nak share je ape yg aku alami dalam hidup aku.takde niat nak kepoh kepoh punn.yg pasal blogg aku famous kat kolej ni bukan aku yang selok nak kepoh kepohh.senior aku kot yang share linkk blogg aku kat group page kolej aku.takkan aku nak halang and mengamuk macam gergasi kat situ.lagi lahh aku suke kann.semakin ramai orang melawati blog aku.terima kasihh  :]"

and bile kat dunia nyata maksudnya bile aku jumpe dgn hamba hamba Allah semua ni.aku jadi macam tak berani nak tegur tegur ngan diorang.kalau boleh aku nak jadi pendiam je kat kolej ni.malas nak kepoh kepohh.and kalau ade award student paling senyap aku nak bolot award tuhh.huhu.bukan ape.buat ape nak kepoh kepoh kann.buat macam biase sudahh.alahh macam jugak senior senior kat kolej aku ni.dalam fb je kepohchi.bile jumpe depan depan.semua diam jugak okayy~kire sama lahh tu.aku ikut baka atas.

and sejak aku masuk feseni ni orang dah macam pandang aku lain macam.yelahh org budaya sape nak pandang kan.semua orang anggap sosial kan.yelahh kalau dah sorang macam tuh mesti yg lain and sekutunya pun begitu kan.mungkin orang pandang aku pun macam tuhh.pandangan orang kann.kite tak boleh nak halang.maybe aku bertudung pun orang still tak boleh nak pikir aku ni alim ya rabbi ke ape kan.terserah kat mereka.tapi dari segi pandangan diorang kan.pendapat masing-masing.diorang ade hak.

tu lahh.aku mmg tak puas hati sikit kalau bab macam.sebenarnye pokok pangkal awalnya aku memang tak hingin langsung masuk course yg aku belajar skrg ni [seni persembahan-tari] setiap kali orang tanye aku "belajar kat mane?"-aku pun jawablah "UM". "owhh hebatnyee! ambik kos ape?"- aku pun jawablah "seni persembahan". terus orang tu cakap "wahh artis lah ni.kos tu bagus okayy.tak semua orang dapat kos macam tuh".
aku taktau maksud di sebalik kenyataan itu.adakah aku ni seorang yg bertuah ataupun memang dah nasib aku dapat kos nihh.and situasi lain plak orang tanye aku.ambik course ape?-seni persembahan.then muka orang tuh berubah.aku dah faham reaksi tuhh.kadang kadang pendapat org lain kann.yelahh aku tak mampu lahh nak jadi doktor.lawyer bagai kan.ambik kos medic, dental segala bagai nihhh! bukan bidang aku kott.

macam yang baru-baru ni.aku berlatih untuk festival seni dalam bidang tarian.semua orang yang lalu lalang kat situ cuma pandang sebelah mata.nak nak bile yg set set tudung labuh tu.ishh~ aku tau lahh bidang yg macam menari menari ni macam mendedahkan aurat sendiri kan.dah ni bakat yg aku ade.takkan lah pulak aku nak bace surah kott time menari menari tuh semua.*astarghfirullahalazim~ HAA datang dah ayat laserr aku ni haa.aku geram jugak kadang-kadang.
*hee cuma sorang je yg lalu kat situ then berhenti kejap lepak lepak tengok tengok kitorang menari.kui kui kui.thanks MR.AZ ! HAHAHA gedik seyhhh~*

dah lahh.lagi banyak aku tulis ni kang lagi banyak kontroversi yg timbul.aku cuma nak menyatakan pendapat aje.and ape aku anggap pada pendapat orang lain.itu saje.tak de kena mengena dengan mane mane pihak yea.saye menyusun 10 jari sekiranya ade yg tersinggung dgn entry ni.maafkan saya  :]

sekiannnn  :]

No comments:

Post a Comment

any comment? comment je laa.thanks :)