nuffnang ads

Sunday 26 February 2012

suasana berubah :]

assalamualaikum  :]

Alhamdulillah semakin hari aku semakin kuat untuk menempuh segalanya.semakin hari semakin aku berani menempuh dugaan yang melanda.terima kasih Ya Allah.berkat doa yg tidak putus putus aku hampir berjaya melaksanakannya.Alhamdulillahh.

semester 2 sangat padat.sangat kuat.sangat menduga tahap keupayaan ku.rutin harian ku kini berubah.setiap pagi aku menjadi penghuni tetap bilik study dakat kolej aku ni.kediaman pertama,universiti malaya.kelas aku selalunya paling awal start pukul 10 pagi.jadinya pagi pagi aku bangun subuh, makan dah kemas kemas barang terus pegi bilik study.orang lain semua terkejar kejar pegi kelas.akulah penghuni tetap bilik study pagi pagi.seriously aku cakap.kat sini sangat tenang.aku boleh buat ape yg aku nak.

mesti korang akan tanye aku kan "kenape tak study kat bilik je?ade meja study sendiri kan?"
yes betul.kat bilik semua bende ade.meja study ade.nak study kat situ pun boleh.tapi aku tak boleh duduk lama lama kat dalam bilik.aku sendiri stress dgn bilik aku sendiri.aku tak boleh nak fokus dalam bilik aku sendiri.kenapa? korang tau tak roomate aku ni bawak arnab masuk bilik.even bende tu memang dilarang sma sekali untuk bawak masuk bilik."then ape masalahnya?" korang tau tak arnab tu dah gigit aku punye wayar laptop.ishh! aku mati mati ingat wayar tu kena sambar petir ke.tapi kalau terbakar sekalipun mesti ade kesan hitam hitam kan macam hangus tu kan.tapi yang ni kesannya lain.macam kena gigit tikus je.nak kate tikus gigit.tak penah penah pulak aku dengar tikus sanggup naik tingkat tiga semata mata nak gigit wayar laptop.ishhh! geramnya lahh aku.sebab tu aku taknak ade kat dalam bilik.nanti perasaan dendam and nak marah tu ade.sekarang ini buat relaxxx je.

so sekarang ni aku gembira dengan ape yg aku buat.alhamdulillah  :]




s e k i a n t e r i m a k a s i h  :]

Tuesday 21 February 2012

hampir ke situ !

play dulu video ni  :]
okayy assalamualaikum.semalam aku dengan classmate semua pegi karaoke kat the garden.mahal jugak but berpatutan.we enjoy it actualy.kitorang celebrate for our classmate sorang yg akan berhenti belajar dari jabatan tari.okay! taknak cakap pasal ni nanti nangis.

hurmm.hampir ke situ !

dengar intro dia pun macam terbuai buai jaaaa.

#aku sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah.
yeahh memang aku sedar bukan senang nak capai ape yg kite nak.once kite dah grab it! what for kalau kite nak bazirkan peluang tu kan.okay! i've already grab it and aku akan pastikan ianya berjaya sampai ke akhirnya.insyaAllah.aku harus kuat!

#pernah suatu ketika dulu ku punya harapan besar kini aku tak pasti dapatkah kumiliki
dulu aku punya harapan besar aku nak jadi pendidik.jadi cikgu untuk murid murid.tapi aku dah dapat bidang lain.segala galanya terpesong.bidang seni yg menjadi minat sahaja bagi aku.yea minat memang tidak membawa ke mana mana.tapi aku dah dapat ape yg orang macam berebut rebut nak masuk.*bayangkanlah macam sperma spema yg berebut nak masuk kat ovum tuh.HAA kira aku ni jadi macam sperma yg berjaya masuk ke dalam lubang tu di antara berjuta juta dan berbillion yg lain lain.* bayangkan ianya seperti keadaan aku sekarang.dengan berkat doa mak abah dan keluarga.insyaAllah aku akan berusaha !

#sudah jauh kita temu kekalkanlah impian lalu
impian.semua orang ade impian masing masing.aku ade impian untuk menjadi seorang guru.ingin menjejak langkah ayahku.seorang pendidik yang berwibawa.idola kepada aku sendiri.sudah jauh kita temu.means aku sudah jauh berjalan menyusuri liku liku tajam selekoh lubang curang segala.satu semester sudah habis.alhamdulillah.but ! impian aku tetap kekal dalam hati aku.perancangan aku.selepas habis belajar disini.ingin menempuh tahap master untuk bidang lain.its about seni but more to seni halus.i'll keep it as my spirit.

#mungkin ada hikmah yang akan menunggu di penghujung jalan biar nanti kecewa setidak-tidaknya cuba
banyak hikmah yang kita sendiri tak boleh nak ramal.kita sebagai manusia hanya merancang tapi tuhan aja yang menentukan.siapalah kita untuk menentukan zaman.kita hanya mampu berhajat.biar nanti aku kecewa setidak tidaknya aku yakin pada diri aku sendiri.macam semester lepas.aku memang tidak mempunyai semangat untuk melangkah ke hadapan.tapi ini adalah jalan hidupku.hidup haruslah menuju ke hadapan.setidak tidaknya aku berusaha untuk berjaya.alhamdulillah  :]

#jika halangan menduga perjalanan kita janganlah kau putus asa
sentiasalah kuat untuk menghadapi segala cabaran.aku tak kuat.tapi aku adalah insan biasa yang punyai maruah diri.diri haruslah dijunjung sebagaimana kita menjaga agama kita.keberanian menjadi tunjang utama dalam menghadapi kehidupan.putus asa ? yeasss sesetengah manusia di dunia ni menghadapi situasi berputus asa.tapi sampai bila untuk biarkan ianya berlarutan.sekali putus asa tak semestinya menuju kepada kegagalan.seharusnya putus asa itu menjadi titik mula untuk memulakan perjalanan menuju kejayaan.

#kerana ku ada disisi setia menemani andai semangatmu gugur genggamlah tanganku kita hampir ke situ
semangat haruslah dicari.ia mengambil masa yang begitu lama.ia tidak datang sesaat.macam aku.selepas seminggu memulakan semester baru.aku masih belum mendapat semangat dan dorongan kepada diri aku sendiri untuk aku meneruskan perjalanan disini.iringan doa keluarga di rumah membawa aku secara perlahan lahan untuk melangkah ke atas.tapi perkataan "h.o.m.e.s.i.c.k" aku tak dapat nak elak.
#adakala ku terasa ketabahan tak setegah tetapi apakan daya berhenti separuh jalan

#percayalah padaku . aku yakin kita mampu !
percayalah pada saya bahawa kita [classmate tercinta] semoga kita mampu untuk menempuh dugaan yang datang.kita boleh !

#biar orang kata rapuhnya harapan bukan mereka tentukan takdir
biar ape orang nak kata kenapa aku ambik kos ni.kenape aku tak ambik bidang itu ini itu ini.dah ini ketentuannya aku haruslah tempuhnya.maybe mereka lebih kepada masa depan.tapi aku berharap agar masa depan aku akan mendapat cahaya yang terang sebagaimana pelita pelita[cikgu cikgu] yang telah memberi ilmu kepada aku selama ini selama aku bernafas.terima kasih cikgu.buat abah, finie janji akan buat yang terbaik.insyaAllah.finie akan jaga maruah keluarga.

#kau ada aku dan aku punya kamu apa jua akhirnya tetap bersama okayy!^^,


itu sahaja.sekian terima kasih.assalamualaikum  :]

Sunday 19 February 2012

pengawal perbadi

assalamualaikum  :]

baiklah tengok pada tajuk entah ape laa aku nak merepek petang petang terik cam ni kan? sebenarnye tajuk itu adalah kiasan semata mata.apa yg aku nak cakap kat sini adalah "saya perlukan seseorang untuk menjadi pembimbing hidup saya" ish.dah gatal nak rumahtangga ke wahai cik mimi? bukann ! saya langsung tak fikir ke arah itu.maksudnya saya perlukan seseorang untuk guide saya and binbing saya kat sini.Kuala Lumpur sebuah ibu negara Malaysia yang kita akan cakap 'ape yg nak jadi kita tak tahu.so segala ramalan yg akan jadi tak semestinye 100% akan jadi' KL merupakan seperti satu bandar hutan bagi saya. saya tak rasa bangga bila saya berada kat KL ni. saya tak rasa apa apa kat sini.saya langsung tak tertarik, tak teruja dan tak teringin hendak berada di sini. tapi atas segala takdir dan penentu ALLAH yang kita sendiri tak boleh nak elak,aku di tetapkan di sini.belajar di universiti malaya yang orang ramai anggap ini adalah satu universiti yang GAH di mata dunia.aku tak rasa macam tu.aku tak rasa ape ape.

berbalik kepada tajuk aku.aku tak rasa ape yang menarik kat sini. pavillion? times square? mid valley ? sunway pyramid ? arghhh itu semua hanyalah sekadar bangunan yang orang ramai inginkan.aku? aku bersyukur aku sampai di sini.tapi aku tak bahagia di sini. "habis ape motif seseorang tu?oohh kira ko nak macam DIA bawak ko pusing satu KL ni kan? elehh gedik lahh kau." takk ! aku tak bermaksud macam tu.

okayy mak aku selalu cakap macam ni "jangan jalan sorang sorang tau.cari teman.selamat !" the statement is aku takde sesiapa di sini untuk jadi peneman aku.everyone's wanted to have ones to guide them right? yeahh im trying but with who? aku tak boleh nak membimbing aku sendiri yang aku rasa ape yang aku buat pun semuanya macam 50:50.terumbang ambing.

i need to have a person yang bila aku buat ini dia akan bagi kind of nasihat for me.and bila aku nak buat itu he will guide me what is good and what is bad for me.thats all ! i didnt and never hope to have a relationship with anybody for now! fullstop! aku tak mengharap pun.

F A M I L Y !
ini yang aku perlukan sangat sangat ! aku mengharapkan keluarga aku berada di KL sekarang.tapi mereka berada di kuantan ! "alahhh kuantan sangat lahh dekat mimi.ko nak rindu apenye?" yess ! aku rindu family aku.aku nak mereka ada dengan aku setiap detik setiap masa dan setiap ketika.kalau ikutkan aku,aku nak je balik kuantan tiap tiap minggu.nanti ade plak yang akan cakap "eleh mimi tiap tiap minggu balik.untunglahh orang kaya !" okay finie.aku tak menunjuk aku kaya.aku tak hingin langsung nak orang tau aku berduit.yes memang aku berduit but for myself only.and kalau aku nak savings for duit tiket bus untuk aku balik tiap tiap minggu.aku anak mak yang susah nak berpisah dengan family.saya rindu family.setiap apa yg aku buat aku mengharapkan keluargaku ade di sekeliling aku.biarlahh nak bergaduh ke bertekak ke bertumbuk bagai ape ape lahh ! tak kisah. sebenarnya bende ni semua aku rindu sangat sangat dan menjadi memori untuk aku.




thats all ! assalamualaikum  :]

Saturday 18 February 2012

happybirthdayyy abah !

assalamualaikum  :]

tanggal hari ni 18 february tahun 2012 adalah hari penambahan usia untuk satu satunya menjadi idola kepada saya yang kerdil ini.ABAH.tahun dua ribu dua belas ni genaplah usia abah 50 tahun.jubli emas dah ! tahniah abah.HEE HEE.

semoga abah dilimpahi rezeki dan mendapat keredhaanNYA dalam kehidupan.semoga ABAH menghadapi kehidupan abah di dunia ini dengan seribu kemanisan.abah memang SO SWEET lahh.okayy jap nak cerita ni.pagi tadi aku send mesej lah kat abah.sebab semalam hanya mampu tekan button snooze je untuk alarm calendar birthday abah.time tu tengah mamai laa.mintak maaf yea.okayy tadi send lah mesej macam ni "happybirthdayy yang ke 50 abah ! jap jap jap dah 50 ke? macam tak gaya je 50.HAHAH.sentiasa muda.semoga abahsemoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.sayang abah !!"

then abah pun balas "hadiah kepada abah dengan ijazah."

sentap jap bace.cabaran di hadapan harus di harungi tanpa mengalah.erghhhh im trying !

dengan abah mmg aku jadi macam speechless !

bak kata azam baru aku : i have to be strong ! emphhh !

Tuesday 14 February 2012

homesick !

assalamualaikum  :]

hari ni hari ke dua aku ade kat UM.okayy jap jap bagi aku cite from the top.aku pergi beli tiket balik KL hari sabtu*tetapi dgn terpaksenye aku beli.then balik umahnye aku kemas barang ala kadar je.serious takde mood nak kemas barang bagai.besok pagi nye pukul 9.30 dah gerak balik KL.naik je bus rase sebak tu dah ade.yelahh aku dah sebulan balik umah buat keje itu ini.bergelak ketawa dgn family.tolong itu tolong ini.penat but happy.pastu tup tup dah nak balik dah? uwahhh.sampai je hentian pekeliling tuh.ya Allah beratnye lahh kaki aku ni nak bangun and turun dari bus tuhh.namun terpaksa lahh aku paksakan jugak walaupun secara paksarela.aku pasrah.kan kak lisa dah cakap.redha itu ikhlas and pasrah tu kan meyerah.so kire aku menyerah je lahh !

sampai je pekeliling pergi naik escalator then naik train pi masjid jamek.sampai masjid jamek lak gi nak LRT pegi universiti station.huhhhh! aku dah nampak bangunan peperiksaan universiti malaya yang tersergam indah yang dapat dilihat dari stesen LRT.huh ! *mengeluh.then naik teksi masuk UM pegi kolej 12.aku berhasrat nak tkar kolej sem ni.so gerak la gi kolej 12.naik teksi habis RM5.melayanglah sudah ! yesss sangat seronok.VAVI sungguh ! sampai sampai office plak tutup.aduhhh.salah time lahh plak aku datang.lagi sejam kot office nak bukak.so tunggu je lahh.

kringgggg! pukul 2.25pm@petang.bergeraklah ali ke kaunter office kolej itu."assalamualaikum.nak check in" aku cakap.then "mintak num bilik" officer tu cakap.aiyoo aku mane ade bilik lagi lahhh."emm saye baru nak masuk".muka aku dah tunjuk muka berdebar dah.then officer tu cakap "ohh ye ke?student yg baru pindah kita tak settlekan hari nie.mungkin esok atau lusa"okayyy.aku pasrah.mata dah berair dah ! bengang campur tak puas hati campur dengan macam macam lahh! kenapa jadi macam ni? then terus ambik fon call kakmimiharyani."assalamualaikum.akak boleh tak finie tupang rumah akak malam ni.sebab finie tak dapat bilik lagi ni.besok atau lusa baru dapat".aku just ade kak mimi je yg terdekat kat sini.contohlaa kan kalau dia takde kat KL ni sure aku pun taktau nak buat ape.hanya mampu menangis dalam hati je.

petang tu aku call lah mak aku.cakap tak boleh register lagi lahh kolej 12 tuh.*air mata meleleh lagi ! kuat nye lahh penangan seorang ibu ni.aku cakap "hello" pun air mata tetap nak keluar.pastu aku cerita laa from A to Z.sambil menangis.aku taktau lahh mak aku perasan tak aku nangis.naluri ibu of coz lahh die tau.hurmmm.nasib baik time tu malam.orang tak nampak sangat aku menangis.hee hee.*lembiknye lahh aku ni.HAIHH taktau lahh.


then malam tu pergi lah rumah kak mimi yang aku anggap macam kakak aku sendiri.*bakal kakak ipar aku okayy.insyaAllah.Alhamdulillah ade tempat untuk aku tidur.pagi besoknye aku decide nak pegi kolej 1, kolej lama aku nak tengok nama aku still ade tak kat sane.besok paginye pukul 8.30 aku dah keluar.sekali ngan kakmimi.HAHA macam aku plak yg keje office.HAHAHA.dalam kalut kalut kak mimi tu boleh plak belikan aku nasi lemak kat tepi kaki lima tuh.aiyooo "dalam lambat lambat tuh sempat lagi nak beli."cakap dalam hati je lahhh.HEE sorry kak.

okayy.malas dah nak menaip panjang panjang ni.

so kesimpulannye aku still stay dekat kolej yg sama aku macam sem 1 hari tuh.kolej satu.okayy tutup cerita.yg penting aku tetap homesick ni ! ikutlahh ape orang nak cakap.aku anak mak.so what? jeles lah tuh ! besok aku nak pegi beli tiket balik kuantan.HEE.tak tahan dah ni.rindu family !  :]

BYE ! assalamualaikum.

Sunday 12 February 2012

SEMESTER 2 dah !

assalamualaikum.

alhamdulillah semester 2 dah bermula.semoga aku kuat dan tabah menghadapi segala dugaan yang akan aku hadapi.jatuh sekali tak bermakna aku akan rebah selamanya.jangan pegang sangat dengan tupai punye ayat."sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga" yeahh tupai kalau tunjuk act sikit mmg la akan jatuh.macam manusia jugak,kalau korang sombong sekalipun takkan kemana.jadilah diri sendiri, bantulahh kawan kawan yg lain.jangan lah jadi bodoh sombong.sumpah aku benci.aku tak perfect tapi aku nak orang pandang aku perfect.but jangan lahh over sangat okayyy !

and atas ape yg aku dah buat untuk sem lepas.alhamdulillah result aku memuaskan.pointer 3.51/4.00.memuaskan tapi agak tak puas hati sikit.kenapa?entahlahh but still tak puas hati.semoga ade peningkatan untuk sem 2 ni.insyaAllah.kalau usaha banyak pasti akan ada hasilnyasemoga orang berpeluang berada di atas.but kadang kadang bila dah ada kat atas tu bukan senang nak stay je kat atas.sure akan ade jatuh gedebuk sekali kan? kalau dah jatuh sekali tu jangan jatuh selama lamanya okayy.and kalau jatuh sikit pun pandai pandai lahh cover cover sikit yea.

thats all.sekian terima kasih  !

Thursday 2 February 2012

pengaruh lagu cinta muka buku by najwa latif "sweet16teen :]

okayy assalamualaikum.

melihat pada tajuk, lagu cinta muka buku semua orang tau kan? awal awal time keluar lagu ni aku dengar makk aihh lajunye minah ni nyanyi.grr~ than aku try lahh ikut budak ni nyanyi kadang kadang ade lahh tersasul mane mane lirik entah.cuma hafal dia punya melodi dgn huwoo huwooo huwooo tu je lahh.
then bile dah dengar lagu ni lame lame yesss ! aku dah berjaya menyanyikan bait bait lagu ini dengan sempurnanya tapi taklahh semerdu si najwa latif ni kan?

bercakap plak mengenai pengaruh lagu nieee.okayy kalau nak buat gambaran kat youtube.sekejap je lagu ni keluar tak lama kemudiannya terciptalahh video video lain yang menyanyi kan lagu yang sama.tak kira lahh minus one ke? unplugged ke? macam macam lahh.semua nak tunjuk bakat masing masing kan? AKU? aiyooo takde maknenye aku nak tayang muka and duk terpekik terlolong kat depan webcam tuh.macam orang tak betul pun ade.HAHAH yelahh kalau time tengah record tuhh acah acah muka kita lahh yang paling letop kat webcam tu haa keluar keluar suara haramm jadahh ! yelahh kalau suara sedap tu sedap lahh telinga orang yang mendengar.rajin lahh tangan orang tu nak tekan like button kan? tapi kalau sebaliknya? korang je lah yang tau okayy! kalau macam najwa latif ni plak okayy lah bagi aku.tak sumbang and sedap di dengar.yelahh tup tup dah jadi artis dah pun kann? rezeki die nak buat canne  :]

lagu ni kalau korang pasang kat player mane mane kan sure orang kenal.sampai mak aku pun siap boleh hafal kot lagu ni.kalau salah lirik tu normal lah kan?tersasul sikittt.mak aku pun siap puji lagi lirik lagu ni simple je sedap di dengar.pastu mule lahh duk banding kan dengan lagu lain.macam lagu lelaki seperti aku by aliff aziz tuh.lirik sangat tak berapa EMPHHH ! kann.tapi lagu cinta muka buku ni seronok dinyanyikan.

HAAA.sebenarnye tujuan aku duk berpotpet  kat atas semua ni cuma nak bagi kias kiasan je kat korang.aku cuma nak korang tengok video ni.bukan ape selalu korang tengok video orang nyanyi lagu cinta muka buku berapa tahun? HAAAA kalau ikut umur dalam berbelas belas tahun jugak lahh kan?TAPI kalau korang tengok video ni sure korang tergelak habis sebab budak yang nyanyi dalam video ni just umur 1 tahun lebih.even die tak nyanyi ikut lirik tapi dia macam dah tau melodi lagu ni.

punye lahh kuat penangan lagu ni kan.dari yang berumur dan berusia sampai lahh bawah umur yang tahap bawah bawah gilerr lah! satu tahun kott bercakap pun macam ngeng ngong ngeng lagi.tapi dah boleh dengar lagu and terus try nyanyi walaupun entah ape sepatah haram keluar.HAHA.so aku takmau bebel banyak.korang tengok je lahh video ni okayy.cinta muka buku by arif zikry  :]


amacam? okay cite die mula mula macam ni.kalau dulu si zikry ni suka lagu awi rafael-pulanglah yang monday tuesday wednesday thursday friday tu lahh.kalau die dengar je lagu ni sure die akan menari nari and goyang kepala.kononnye faham lah lagu ni.pastu terpasang lahh lagu cinta muka buku ni.aku ingat dia just nak menari je.yang aku terkejut nye die siap boleh menyanyi sekali ngan najwa latif ni.yang part huwoo huwoo huwooo tu lahh.bukan main lagi budak ni.huh ! thats why aku cakap lagu cinta muka buku ni kuat penangan dia.jgn main main.kau hado?  :] NON-HADO kannnn.jangan jeles okayy

Wednesday 1 February 2012

the smokers !

hye assalamualaikum  :]

kali ni nak cakap pasal smokers.hurmm bukan ape baru baru nie kite ade ternampak tau ade sorang makcik ni jual rokok kat tepi.okayy now yang menjadi masalah kepada aku sekarang ni kenapa makcik yang kakinya dah berbalut still mampu nak jual rokok! halllooo bawak bertaubat aaa makcik kaki dah berbalut kott and skarang nak cabutkan kaki orang plak ke? ishh nauzubillah..

and bile laki laki yang kononnye lelaki datanglahh singgah kat makcik tu beli rokok.kalau lelaki beli aku macam boleh terima lahh walaupun seriously aku mmg benci smokers ! tapi kalau si gadis jugak singgah beli ape hal? aiyoo tak sayang rahim ke cik adik.bukan ape ko tu nanti nak beranak, ko tolong TUHAN kita menambah manusia kat bumi ni.dah kalau kau asyik nak hisap hisap hisap ape jadik kat dalam tu.kau pun tau kan? erghh tak belajar anatomi ke? okayylahh bawah sikit tak belajar sains ke? general knowledge je kott.takkan korang sendiri tak terfikir.whar for kalau si gadis nak merokok.kalau setakat nak menunjuk baik tak payah.korang sendiri yang sakit nanti.sekali korang sedut tuh bersamaan dengan beribu langkah kau nak masuk kubur.sumpah aku takde niat nak doakan korang mati.tapi still korang ade otak and korang boleh pikir mane baik and mane buruk untuk diri korang sendiri.tak yah pikir pasal orang lain lahh okayy.just take care of yourself !

and si lelaki dgn rokok boleh berjauhan tapi kena ade tahap usaha dia sendiri.kalau korang sendiri avoid korang sendiri dari sentuh benda alah tu insyaAllah korang sihat walafiat.and kalau since dari primary school dah belajar pegang and hisap aku tak jamin korang akan stop even kalau mak bapak korang rotan sekalipun.sebab korang dah terbiasa.mungkin ade separuh yang anggap rokok tu dah macam makanan keperluan korang (bagi certain boys laa).tapi tak semestinye korang tak boleh stop kan?

alahh takkan nak berhenti merokok sampai nak masuk pusat serenti baru nak insaf and stop?.sendiri boleh usaha laahh bro.kalau ade effort pasti boleh punye lahh.

so conclusionnye kat sini for girls kalau nak jamin masa depan jagelahh boyfriend korang yea.just for take care kalau the boys taknak stop just bagi diorang mase.bende ni mane boleh berhenti serta merta kott.perlu slow slow.kite girls pun kena faham.boys hatinya lembut jugak kadang kadang.nanti kalau kite berkeras kang lain plak jadinye kan.

okaylah thats all for today.enjoy your day !