nuffnang ads

Sunday 27 November 2011

ape yang korang buat kalau ade orang cakap dia rindu kat korang?

assalamualaikum  :]

hari ni aku just nak tanye korang soalan yang mendebarkan aku tapi agak biase bagi orang yang dah bercinte!

"apa korang akan bagi responds dekat orang tu if somebody cakap dia rindu kat korang?"

soalan nampak macam budak selenge sikit kan?HAHA so ape korang akan buat?

*just reply simbol smiley macam ni ke  ':]' ?

*just say thankyouu ke ?

*just cakap "rindu?ye ke?- dah sah sah orang tu macam malas nak layan dah kan?"

*just cakap "awak rindukan orang lain je lahh!"

*korang just diam "kan selalu orang cakap kalau diam ade makne-nanti orang tu tunggu sampai mampus tak bereply"

*or korang just cakap "i miss you too"- just nak sedapkan hati die je.

*or kalau nak bagi die selokk sikit korang reply "i miss you moree! peluk ketat ketat^^"

*and korang just reply "rindu awak jugak"-sebab time tu mmg korang rindu kat die macam nak giler dah.

so macam mane?mane satu korang akan gune? kalau mimi syafinie taktau laa sebab mimi syafinie tak pandai bende benda cam gini.orang yang bercinte je tau kan?kan?

HAHAHAHA.thats all  :]

hanya dia*

assalamualaikum  :]

pada suatu hari,my classmate punye phone berbunyi.and ringtone beliau menarik perhatianku.and besok nye beliau 'mengpost' link untuk lagu itu di atas dinding wall facebook ku.apabila ku mendengar amat sangat sesuai dengan mimisyafinie.yes mimisyafinie admitt it.am i fall in love? nope! nope actually! study first  :]*pengakuan mintak pelempang.HAHA

tajuk lagu tersebut ialah HANYA DIA.by siti nurhaliza and kris dayanti.mamandangkan classmate saye itu sangat meminati KD & CT.soo what to do dah memang ternyata gandingan dua mantap singer ini best~


BTW yang ni bukanlahh official video diorang tapi just dengar aja lagu dia.once korang dengar korang akan rase ape yang mimisyafinie rase.serious tak tipu! angkat tangan separas bahu macam nak bace ikrar*tibe je kan!okayy korang dengar je lagu ni and nyanyi la sekali okayy.lirik ade kat bawah.scroll je lahh  :]


HANYA DIA by SITI NURHALIZA AND KRIS DAYANTI

Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

*
Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia

**
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

Ulang *
Ulang **



thats all.thanks for reading this entry  :]
mimi syafinie nak berangan jap.HAHAHA
assalamualaikum*

Saturday 26 November 2011

happy birthdayyy kak MIMI :)

assalamualaikum  :]

okayy tanggal dua puluh tujuh hari bulan november tahun dua ribu sebelas.birthdayyy kak mimi ! emm emmm bukan kakak kandung saya tapi bakal kakak ipar saya.HUHUHU

"akak! nak pelukk akak ketat ketat !"

bile nak celebrate?HUHU.

btw,selamat hari lahir akak.semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.take care of yourself sis ! ingat dengan masa akak sekarang ni.HUHU jage diri elok-elok.abang jauh tau ! bukan senang nak datang kat akak.HEE.takpee call aja 'UNIT KECEMASAN FINIE SYAFINIE'.semoga berbahagis sampaike akhir hayat.gaduh? kan itu hanya asam garam dalam perhubungan yang membantu merapatkan lagi kemesraan.HEEE*macam kaunselor plak  :]

okayylahhh finie wakil daripada keluarga-keluarga finie.

abah
mak 
along ami
kaklong iqa
abang inan
kak mimi syarina
finie
iqa
iqbal
ila
ammar

belah belah keluarga lain

tok and aki
makcik elong and anak anak
makteh eteh dan keluarga
maklong pokcik sekeluarga

semualahhhhhhh ! satu kampung je terus.nak list semua sampai esok tak habis.hee.

sampai sini je lahh coretan finie.anything call kite yerrr!  HEEE  :]
"sayang akak ketat ketat !"









hee hee BYE assalamualaikum  :]

Monday 21 November 2011

hati saya sayu melihat BELIAU*

assalamualaikum  :]

cerita bermula di stesen LRT universiti,di mana tempat perhentian majoritinya pelajar pelajar universiti malaya dan penghuni penghuni apartment yang kat kawasan kawasan itu.selepas keluar daripada train aku turun tangga.di depan aku ada BELIAU.BELIAU sangat berhati hati ketika menuruni tangga.BELIAU sangat teliti dengan langkah BELIAU.aku hanya memandang dan berasa kagum dengan BELIAU.setelah aku pass through TNG*touch and go lahhh! ketika sedang menuruni tangga untuk menunggu bus rapid.BELIAU juga ade di sana menunggu bus rapid nak bukak pintu.BELIAU hanya berdiri di tempat panas bahkan ada tempat duduk di situ.aku hanya melihat BELIAU mengelap peluhnya.niat di hati nak pergi kepada BELIAU dan mengatakan "encik,kenape diri kat tempat panas.duduk kat kerusi tu yea" tapi kaki aku dirasakan macam ade gam dan terlekat di lantai.bukan ape, aku rase macam aku ni tidak layak untuk membantu.yaAllah berdosanya aku.ampunilahh dosaku ya Allah.

aku terase seperti serba salah dalam diri aku.ingin membantu tapi aku tidak tahu cara cara untuk memberi bantuan.secara berterusan BELIAU mengelap peluhnya.hati aku makin sayu.aku rasekan macam akulahh orang yang paling bodoh kat situ.yaAllah ampunilah dosaku ya Allah.akhirnya pakcik bus rapid sampai and bukak pintu bus.and BELIAU naik dan aku naik selepasnya.BELIAU tetap dengan senyuman ketika sudah naik dan duduk di  dalam bus.melihat ke wajah BELIAU aku terase sangat serba salah.hanya ALLAH saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu.fiuuusss~

pengajaran untuk entry ni berilah bantuan kepada sesiapa sahaja di sekeliling anda.jangan berasa rendah diri dengan keupayaan anda.sesunguhnya dengan tenaga dan keupayaan anda itulahh akan ada orang yg sangat sangat memerlukan.hargailahh siapa diri kita.ringankanlahh tenaga untuk membantu.hanya itulah kasih yang boleh dihulurkan kepada yang memerlukan.

p/s : BELIAU adalah orang kelainan upaya.walaupun BELIAU dalam keadaan begitu BELIAU masih tersenyum dengan keadaan BELIAU yang sedemikian rupa.

sekian.assalamualaikum  :]

syabass MALAYSIA ! i love MALAYSIA ! pelukkk ketat ketat ~

assalamualaikum semua  :]
hee hee

excited sangat hari nih! pasukan bola sepak memberi pingat emas ke-59 yauww !
fuhhh.semalam aku tengok bola babe  ! hahaha.bukan ape.sebab time family aku tengok bola aku just jeling jeling je kat TV tuhh.tapi sekarang?aku pusing 360darjahh sebab nak tengok bola kat kedai makan tuhhh.walaupun aku nampak pemain bole tu macam semut je daripada jauh.tapi aura tu pasti ade ! kate orang MALAYSIA*tingtingting!tangan di dada mata ke atas*

ape yang aku suke time tengok bola adalah :

1. aku suka bile tengok mane mane pemain yang bile dah dapat sumbat goll terus die sujud syukur !
*cth: macam ape yg aku nampak semalam pemain indonesia time penalti tuhh.die dapat sumbal gol terus die sujud syukur.

2. aku suke bile tengok semangat sepasukan pemain pemain.
*cth : semalam aku tengok bile si penyumbat gol dapat gol terus die lari kat pemain pemain lain.pelukkk ramai ! and die punye coach lak lari kat diorang and ramai ramai peluk! sukeeee ~
 


3. aku suke bile tengok action pemain-pemain simpanan and coach
*kan bile die dah tunjuk flashback yg time gol tu kan die ade shoot coach kat tepi tepi tu kan.kalau gol ramai ramai berdiri and lompat lompat.and kalau nyaris nyaris nak gol boleh tengok tau aksi diorang nak lompat tapi tak jadi.HAHAHA.

4. kalau aku tengok bola kat umah.
*adik adik abang abang and abah tengok bola.contoh lah kann kalau MALAYSIA lawan INDONESIA. kalau malaysia GOL sorak sorak sampai bergegar satu rumah.kalau INDONESIA dapat GOL senyap sunyi takde suara punn.haaa nak kate ape?

5. kerana ade dua TV kat rumah  :]
*kadang kadang kalau time bola, aku and kakak tengok bola dalam bilik, and yang lain lain tengok kat depan(ruang tamu lahhh).HAHAHA dalam bilik tu TV biase and kat depan TV ASTRO.kann astro punye siaran lambat daripada TV biase kan.
bile dapat satu GOL, kitorang yg sorak dulu and tak lama lepas tu dalam bape saat je yg pihak ASTRO plak jeritt.haha.so kalau nak dapat update cepat tengoklah bola dengan TV biase okayy.tapi for sure lahh kalau nak tengok clear vision ASTRO ajalahhhh!

HAHA sangat banyak cerita pasal bola nihh.tapi yg ni aje aku mampu kongsi.

ape ape pun penyelamat gawang MALAYSIA terbaikkk lahhh.khairulfahmi the legend  :]

and yg ni plakk diorang buat perang giler giler diorang 
"kalau team MALAYSIA menang BOLA malam semalam diorang akan lukiskan muka mereka dengan corak harimau.so inilahh hasil nya."
sangat bersemangat !
likee it~

and thats all for noww.CONGRATS again HARIMAU MUDA !
bye !

*semoga MALAYSIA mencapai target mereka untuk memungut 60 emas!*

Sunday 20 November 2011

happy birthdayy my little EVA !

hye everyone  :]

todayyy 21 November 2011 ialahh hari ulang tahun kelahiran untuk eva thung yi hua ! clap!clap!clap!

firstlyy sorry kalau lambat wish semalam ade meeting sampai lewat malam and then dah tak online dahh.bukak bukak FB pafi tadi tengok tengok ur  birthdayyy ! GOSHHH im lated ! "damn.sebab tak save dalam phone calendar !"
sorry sorry sorry sorrry !

and noww i wish you happy birthdayyy and may god bless you forever !
enjoy yourself there ! study hard for you and your family !
BF? aiyooooade BF eh? taktau pun  :[
ist okayyy just pandai pandai jage diri kayhhh and hope you happy dgn die sampaii lahh kahwin ! HAHA

seriously i miss misss misss u ketatt ketattt !
nanti kalau anything ade buat makan makan ke.lepak lepak ke. or eva dah kahwin ke jangan lupe ajak kite okayyy ! WAJIB  ! kalau tak dijemput siaplahh eva !

BTW i miss by the time kite kite same same giler giler time band.u pusing pusing maize*cam mane eja eh? i ketuk ketuk drumm.u pusing pusing flag i ketuk ketuk snare ! kite start rapat time bile eh? ohh yarhh time u drummajor and i vice president.bangga kan sebut jawatan*tingggg! time tuh lahh eva mengadu macam macam sampai nangis nangis kat kite.tangan bengkak lahh.mata silauu lahh.time bergaduh ngan orang nikite lahh yang jaditempat mengadu dia dengan si HOEYEN tuhh.btw i miss by the time kite hangout same same ~! seriuos miss it! eva dgn perangai cameragirl die.si hoeyen dgn perangai giler giler die.auwww !


















thats all SIS ! happybirthdayyy again !
only one thing i nak bagitau yang i sayang u.
kalau ditranslatekan I LOVE U !
HAHAHAHA
<3
bye !

Saturday 19 November 2011

hari ni takde mood.tak sedap badan and rase macam nak muntah !

assalamualaikum  :|

berbalik kepada tajuk entry.kenape eh?

E N T A H ! !














bye !

Friday 18 November 2011

saya rindu time sekolahh.time jadi budak sekolah pakai baju sekolahh blaa blaa blaa

assalamualaikum  :]

hari ni saye takde bende nak buat.kelas takde.teori takde and praktikal pun takde.ape pun takde.yahooo ! seronok ! kenapa ? sebab hari ni sabtu mmg takde kelas.HAHAHA.saje nak buat gempakk kan.

okayy memandangkan takde bende nak buat kan.and memandangkan aku ponteng satu program kat UM ni.haha.aku duduk bersendirian didalam bilik ni.sedang aku bersendirian tengok laa foto foto yg ade berkepukk kat dalam laptop aku ni.folder "form 6" menarik perhatian aku.tengok satu satu gambar.makk aihh aku rindu sangat sangat time sekolahh.

bukan ape.time skolah laa kan boleh berlagak gangster kann.kate girls school so semua wanita harus berperangai sendiri.aku memang aku cenggini.nak buat cam mane lagi.tunjuk belang lahh.perempuan dgn perempuan kann.ape mau takut ! HEE.kalau depan lelaki seriouslyy saye taktau ape jadi kat saye except for my classmates.HIHIHIII.

okayy time skolah dulu aku lahh minah yang boleh dikatakan sangat selekeh.sebab ape?
sebab aku pegi sekolahh pakai anak tudung hitam yg dah sememangnya salah disisi undang undang sekolahh.and tambah tambah plak aku pakai tudung tak reti nak lipat.senget sebelah jadinye.jap ehh aku cari contoh gambar! haa yang ni lahh.aku yg mane satu? yang korang rase ade gaye gaye macam kacukan cine tu aku lahh.HAHAHA kat sekolahh ramai jugak laa orang tanye aku."mimi,you kacukan cina ke?" aiyoo aku ni dengan malu malu and poyoness aku senyum aja.mane ade laa.dah keturunan mata sepet nak buat canne kan.tengok laa muka aadik beradik aku, korang takkan jumpe si mata bulat kat family aku.HAHAH.

and time kat sekolahh dulu aku paling benci kalau hari rabu.sebab kena pakai tshirt yang gedabak besar.tshirt pertahanan awam.aku yang size M ni diorang bagi tshirt size XXL giler tak giler.diorang cakap nak utamakan orang yg badan kecik.aduhh sakit hati rase.aku ni bukan kecik ke encik ! "ke diorang nak doakan aku gemuk?OMG janganlahhh".aku bukan ape.badan skrg pun aku rase macam dah gemuk sikit.aku taknak lahh besarkan lagi.
haa tengok sebelah.besar kan? dah macam baju tidur dah aku tengok.kalau kat sekolah time ade mood aku masukkkan baju dalam seluar.itupun kalau kena tegur dengan pengawas "girls, tuck in ur shirt!"
aku pun buat lahh aksi masukkan baju dalam seluar.and lepas dah tak nampak bayang pengawas tu aku tarik keluar semula.bukan ape baju tu panas !

dan kemudian aku paling ingat sekalikalau time clasmates aku buat keje giler dalam kelas.HAHA memandangkan semua pantang nampak kamera.ade lahh sorang ni bawak kamera.HAA ape lagi.meronggeng laa dalam kelas.ambik gambar segala.japp ehh aku tengok ade tak gambar yg untuk topik ni.japp yea  :]






beginilahh jadinye kalau masing masing giler kamera.HAHAHA macam macam aksi keluar.tapi memang best laa.yang aku pelik kan.kenapa sekarang orang suke ambikgambar lompat?MOTIF?jawab sendiri.

pastu ape lagi eh.banyak laa aku tak leh lupe time skolahh.nak nak yang time buat folio seni.HAA ambik kau kelas macam tongkang pecah ! kalau nak tau bukak link ni : folio seni activity :]

pastu yang time rumah hantu tuhh.paling aku tak leh lupe.sampai ade orang pengsan terus.HAKHAK dahsyat wowhh ! kalau nak tau lebih lanjut bukak link ni : the haunted castle :'x

and yang lain lain tu time pegi trip ke KL :]






HAA tengok gambar yg first tuh.aku pegang plastik beg pekan buku UM.makkaihhh aku rase aku dapat badi daripada sini lah kott and sampai sekarang laa aku keep on pegang plastik beg tu 2 bulan sekali.cehh! asal lak? dah aku belajar kat sini ! senget  ;]

thats all lahh pasal time skolahh.banyak sangat nak storyyy.kalau nak cite semua sampai esok pun takkan habis kan? nanti buang mase korang lak kan bace bende mengarut nih.HAHAHA thanks for reading yea  :]

bye.take care and assalamualaikum  :]

Wednesday 16 November 2011

mak ! abah ! happy anniversaryyyy *

assalamualaikum semua  :]

okayy tanggal tarikh hari nie : 17 NOVEMBER 2011.adalah hari ulang tahun perkahwinan mak and abah saye.encik MOHD SAMSUDIN dan puan NORESAH.the sweet couple ever i meet and i have.they're mine !
first of all, saye anakyg keempat ni nak ucapkan terima kasih yg tak ternilai pade mak and abah kerana menjaga finie and abang abang and kakak and adik adik yang lain.yesss ! memang sangat susah nak jage kepale anak anak.tapi mak ngan abah tetap sabar dengan karenah kami.wowhhhh lapan adik beradik so ade lapan kepale tau.

aiyooo yang sorang ni kuat menangis yang sorang ni keras kepala yang sorang ni cepat merajuk yang sorang ni banyak buat hal.yang sorang ni gelojoh yang sorang ni itu yang sorang ni ini kalau aku nak cakap semua sampai esok pun tak habis kan ! HAHAHHA tapi semua perangai ni mak ngan abah handle cam mane ek?aiyooo susah tuhh.yang si teruna buat perangai macam teruna yang si anak dara buat perangai macam anak dara.

papepun mak ngan abah memang superbbbbb ! finie sayang mak ngan abah ketat ketat.takde orang lain yg dapat lawan sayang finie pade mak ngan abah.doa mak ngan abah akan sentiase mengiringi finie,
moga moga finie berada dalam keadaan baik saje disini.walaupun finie tak cukup kuat.finie akan cube sedaye upaya.finie tau mak ngan abah mengharap kejayaan daripada finie.insyaAllah finie akan buktikan.



okayy jap !just nak cakap gambar ni lahh gambar first time kami sekeluarga.sob sob kan ? yelahh dah ni je peluang kitorang ade.HAAA bukan cukup sepuluh tau siap ade tambah sorang tuh.itulahh kakak ipar kami.hee yang sulung tau.sangat kecikkkk !

jap ehh ! cube bayangkan kalau kitorang ade lapan orang adik beradik.maknanya nanti mak ngan abah akan ade lapan orang menantu.insyaAllah.wowwhhh ! besar tuhh  mak.abah ! tambah plak nanti dengan anak cucu makngan abah.wowhhh lagi banyak.insyaAllah  :]

howww big big family!

wuhooo comelje mak ngan abah.maroon tuh.emmm nanti nak pilih warne ape eh?emm.
"mimi syafinie belajar dulu !"

mak ngan abah comell sangat !
okaylahh sampai sinije lahh hasil dari finie.
nak pi kelas ni ! doakan finie berjaye yea.
insyaAllah  :]
bye
assalamualaikum

Sunday 13 November 2011

happybirthdayyy ainnurfarhanasyazwan !

assalamualaikum  :]

firstly sorry babe internet kat umah aku tak boleh gune.sampai lahh aku balik UM.yeahh wi-fi ade.laju giler tapi of coz la kena bayar kan.HAHA
sesampainye aku di UM,cepat cepat aku bukak laptop and online ! bukak blogger and tulis entry nihh.
khas untuk ko ! BTW, takyah nak bangga sangat lahh kan kalau name kau masuk dalam blog aku yg tak famous ni.follower 25 orang je.HAHAHA

first first aku nak cakap happy birthdayy kat ko ! selamat hari tua.tua dah ko eh ?tua daripade aku.HAA

thanks sebab jadi kawan aku since aku form 4 kott.mase kite gabung kelas agama kan?pastu naik lak form 6, kite makin rapat.suke lahh kawan ngan ko.share problem same same.buat keje same same.kadang ko jeles ngan result aku.and kadang kadang aku jeles ngan result ko.ciss ! nak nak time trial PP.geram rase !

and aku ingat lagi time ko share masalah ngan aku.ko nangis and aku pun ikut ko nangis sekali.*aku mmg takleh tengok orang nangis nih.

pastu bile dah lame lame tu form 6 habis.aku haluan situ ko haluan situ.tak same.tapi nanti kite tetap satu negeri.hee.jumpe di shah alam.insyaAllah  :]
nanti senang senang datanglahh melawat aku and boleh kite meronggeng lagi.hee.sure best lahh

thanks sangat sangat coz still jadi kawan aku and aku harap ko jadi kawan aku sampai bile bile.sampai kite umur 80 90 yea.insyaAllah.semoga umur panjang.nanti jangan lupe jemput aku bile ko kahwin nanti.wajib tau ! hee hee jage cik abang tu elok elok.semoga berkekalan yearhh !









happybirthdayy again.hope all ur wish will come true.huhu
sayang awak ketat ketattt ~