nuffnang ads

Monday 21 May 2012

p/s : jangan salahkan lecturer kalau student tu sendiri yang perangai teruk nak mamposs!

assalamualaikum  :]

mula topik baru untuk minggu ni.HAIIIIHHHH.mengeluh panjang okayy~

firstly ceritanya bermula pasal masa aku mula mula start semester 2 kat jabatan tari UM ni lahhh.aku ada ambik subjek komposisi dan improvisasi.subjek ni macam kita akan belajar macam mana nak buat pergerakan and dalam masa yang sama masukkan elemen macam dynamic, staccato, repetation and macam macam lagi lahhh! and kitorang dapat lahh satu tugasan ni kitorang kena reka and pikirkan satu piece buatan and ciptaan kitorang sendiri.and you know guys yang ni tugasan untuk final exam tau! gilerrr kau tak buat.nak repeat ke?aiyoooo~

thenn.masa dia dah suruh kita improvise hurmm kelas dia makin lama makin bosan sebab dah tak banyak aktiviti menarik macam dulu dulu and macam awal awal dulu.kalau dulu mesti ada game dia nak buat everytime nak start kelas.and makin lama makin lama semakin bosan and aku pulak buat perangai, pengaruh dgn member sekeliling, pakat ramai ramai ponteng kelas sampai lahh lecturer marah and dah macam tak nak ambik tau dah psal aku dgn member member aku. so totally markah untuk progression aku takde.and korang nak tau tak.aku dengan semangatnya tidur kat studio, just nak standby for final exam sajerrrr.GIGIH oakyyy~

and kringgggg! sampai time exam~

sampai giliran aku pung pang pung pang! DONE ~

and guys gatherrr!

time tuh lahh lecturer kitorang tanye macam macam kenape ramai yang tak datang kelas dia.kenapa semakin ramai tak datang. pernah sehari kelas kitorang 23 orang tauuu.ade satu hari tuh just 5 orang je datang. memang patut pun dia bengang kottt~

sampai turn aku kena comment "mimi, what happend to you? you are the one yang always absent in my class.ur first piece you showed to me was horrible and then your presentation just know was very good.now ur progression marks were gone already.i can't help you"
ya Allah time ni lahhh air mata aku nak keluar dahhh.tahan mimi tahan yeaaaa.huh! aku tak sangka tau die selama ni concern pasal progression aku.sangat unexpected~
habis je kelas aku pi salam lecturer aku.dia pandang aku pun tak.OMG berdosanya aku.

masuk je bilik rehat kat studio aku ni.puhhhsssssss air mata keluar non stop!

kenapa sekarang baru nak menyesal orghhh mimi syafinie?kenapa tak dari dulu?yang kau pi ikut perangai member member kau tuh kenapa?diorang diorang lahh kau kau lahhh.bongok lahh kau eh mimi syafinie! sekarang baru padan muke kau~

okayy sekarang for mid term exam dah habis.standby for final pulak! hari rabu ni and then done for improvisation & composition class! hopefully everything will be okayyy~ INSYAALLAH  :]

Saturday 5 May 2012

KALAU NAK ISTERI SOLEHAH AKU BUKAN DALAM SENARAI OKAYYY~

assalamualaikum  :]

haii jumpe lagi ehh kite setelah sekian lama blog aku ni dah dimasukkan dalam senarai blog yg dah bersarang! hurmmm new story? takde lahh tadi aku terlintas lahh kat pale otak aku ni "macam mane ehh aku kahwin nanti?""suami macam mane aku dapat nanti?""adakah aku ni layak digelar isteri?sebab sekarang kan pilihan si suami suami high taste kottt.tak pandang perempuan macam aku ni kannn.ye lahh mane lah tau kann"

kenapa dgn kau?
HAHHA.soalan yg sgt bagus okayy~ takdelaa biase biase je.hurmm aku rase aku bukanlahh perempuan yang berada dalam kalangan top 10 si suami. maklumlahh ape yang aku buat sekarang pun orang dah pandang semacam kannn.pastu pulak dgn perangan aku macam ni.yelahhh mmg lahh depan geng geng fakulti ajee tapi diorang tu tetap bukan muhrim aku.aku dah bukak hijab aku.bak kate orang tudung saji aku dah terbuka kannn.so kalau tudung saji dah terbukak terpompong lahh makanan nya kan?

aku pun taktau kenapa aku cakap macam ni.tapi lecturer aku jugak ada cakap."habiskan je terus pelajaran kamu.sudah pasti kamu akan masuk ke syurga.insyaAllah" subhanallah.betul ke? pastu lect aku pun cakap seorang pelajar yang berusaha sehingga ke menara gading tidak kiralahh sama ada tercapai ataupun tidak, sepanjang pembelajarannya itu merupakan satu perjuangan yang disama ertikan dengan peperangan yang mereka hadapi.aku ternganga dengar.Ya Allah Ya Tuhanku.beginikah anugerahmu Ya Allah.

tapi apa yang aku buat sekarang ini adalah aku semakin menangkis pahala aku.Ya Allah.kenapa aku ditetapkan menghadapi semua ini.aku tak kuat and aku mudah dipengaruhi dgn banyak perkara yang aku sendiri taktau.sama ada kawan-kawan, aku sendiri ataupun kemahuan aku sendiri yang terlalu tinggi.tapi kann perangai aku ni kann.ish ni jenis yang taknak orang sekeliling aku susah tauuu.pastu aku sendiri kena tanggungnye.and bila aku nak mintak tolong dgn org lain aku segan and sangat sangat malu terutamyanya pada ahli keluarga aku sendiri.

hukhukkkk.nak nangis pun ada.masalah besar yang aku hadapi ni akan membahayakan aku sendiri tau takkk.masalah apa? takpe aku je yang tau.  smile :]