nuffnang ads

Tuesday 21 February 2012

hampir ke situ !

play dulu video ni  :]
okayy assalamualaikum.semalam aku dengan classmate semua pegi karaoke kat the garden.mahal jugak but berpatutan.we enjoy it actualy.kitorang celebrate for our classmate sorang yg akan berhenti belajar dari jabatan tari.okay! taknak cakap pasal ni nanti nangis.

hurmm.hampir ke situ !

dengar intro dia pun macam terbuai buai jaaaa.

#aku sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah.
yeahh memang aku sedar bukan senang nak capai ape yg kite nak.once kite dah grab it! what for kalau kite nak bazirkan peluang tu kan.okay! i've already grab it and aku akan pastikan ianya berjaya sampai ke akhirnya.insyaAllah.aku harus kuat!

#pernah suatu ketika dulu ku punya harapan besar kini aku tak pasti dapatkah kumiliki
dulu aku punya harapan besar aku nak jadi pendidik.jadi cikgu untuk murid murid.tapi aku dah dapat bidang lain.segala galanya terpesong.bidang seni yg menjadi minat sahaja bagi aku.yea minat memang tidak membawa ke mana mana.tapi aku dah dapat ape yg orang macam berebut rebut nak masuk.*bayangkanlah macam sperma spema yg berebut nak masuk kat ovum tuh.HAA kira aku ni jadi macam sperma yg berjaya masuk ke dalam lubang tu di antara berjuta juta dan berbillion yg lain lain.* bayangkan ianya seperti keadaan aku sekarang.dengan berkat doa mak abah dan keluarga.insyaAllah aku akan berusaha !

#sudah jauh kita temu kekalkanlah impian lalu
impian.semua orang ade impian masing masing.aku ade impian untuk menjadi seorang guru.ingin menjejak langkah ayahku.seorang pendidik yang berwibawa.idola kepada aku sendiri.sudah jauh kita temu.means aku sudah jauh berjalan menyusuri liku liku tajam selekoh lubang curang segala.satu semester sudah habis.alhamdulillah.but ! impian aku tetap kekal dalam hati aku.perancangan aku.selepas habis belajar disini.ingin menempuh tahap master untuk bidang lain.its about seni but more to seni halus.i'll keep it as my spirit.

#mungkin ada hikmah yang akan menunggu di penghujung jalan biar nanti kecewa setidak-tidaknya cuba
banyak hikmah yang kita sendiri tak boleh nak ramal.kita sebagai manusia hanya merancang tapi tuhan aja yang menentukan.siapalah kita untuk menentukan zaman.kita hanya mampu berhajat.biar nanti aku kecewa setidak tidaknya aku yakin pada diri aku sendiri.macam semester lepas.aku memang tidak mempunyai semangat untuk melangkah ke hadapan.tapi ini adalah jalan hidupku.hidup haruslah menuju ke hadapan.setidak tidaknya aku berusaha untuk berjaya.alhamdulillah  :]

#jika halangan menduga perjalanan kita janganlah kau putus asa
sentiasalah kuat untuk menghadapi segala cabaran.aku tak kuat.tapi aku adalah insan biasa yang punyai maruah diri.diri haruslah dijunjung sebagaimana kita menjaga agama kita.keberanian menjadi tunjang utama dalam menghadapi kehidupan.putus asa ? yeasss sesetengah manusia di dunia ni menghadapi situasi berputus asa.tapi sampai bila untuk biarkan ianya berlarutan.sekali putus asa tak semestinya menuju kepada kegagalan.seharusnya putus asa itu menjadi titik mula untuk memulakan perjalanan menuju kejayaan.

#kerana ku ada disisi setia menemani andai semangatmu gugur genggamlah tanganku kita hampir ke situ
semangat haruslah dicari.ia mengambil masa yang begitu lama.ia tidak datang sesaat.macam aku.selepas seminggu memulakan semester baru.aku masih belum mendapat semangat dan dorongan kepada diri aku sendiri untuk aku meneruskan perjalanan disini.iringan doa keluarga di rumah membawa aku secara perlahan lahan untuk melangkah ke atas.tapi perkataan "h.o.m.e.s.i.c.k" aku tak dapat nak elak.
#adakala ku terasa ketabahan tak setegah tetapi apakan daya berhenti separuh jalan

#percayalah padaku . aku yakin kita mampu !
percayalah pada saya bahawa kita [classmate tercinta] semoga kita mampu untuk menempuh dugaan yang datang.kita boleh !

#biar orang kata rapuhnya harapan bukan mereka tentukan takdir
biar ape orang nak kata kenapa aku ambik kos ni.kenape aku tak ambik bidang itu ini itu ini.dah ini ketentuannya aku haruslah tempuhnya.maybe mereka lebih kepada masa depan.tapi aku berharap agar masa depan aku akan mendapat cahaya yang terang sebagaimana pelita pelita[cikgu cikgu] yang telah memberi ilmu kepada aku selama ini selama aku bernafas.terima kasih cikgu.buat abah, finie janji akan buat yang terbaik.insyaAllah.finie akan jaga maruah keluarga.

#kau ada aku dan aku punya kamu apa jua akhirnya tetap bersama okayy!^^,


itu sahaja.sekian terima kasih.assalamualaikum  :]

No comments:

Post a Comment

any comment? comment je laa.thanks :)