nuffnang ads

Saturday, 21 January 2012

kalau anda free lawatilah link ini :]

hee assalamualaikum  :]

hey guys !
kalau you all free lets get me entertained you.how? okayy senang ajaa.korang klik laa link ni.
and kalau senang senang and takde bende nak buat tuhh tengok aja link ni.bukan ape sebab saye di cabar oleh adik saya mimisyakila suruh buat channel sendiri kat youtube.as ur information guys saya ni pantang jugak kalau di cabar cabar ni.HAHA tergugat rasenye ! so inilah hasilnya.masih dalam proses menaiktarafkan lagi.so masih banyak lagi video video yang akan di upload di link ini.so keep click on this link and watch the video !
THATS ALL.SEKIAN TERIMA KASIH  :]

Friday, 20 January 2012

DANCE SHOWCASE 2011/2012

assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh  :]

bismillahirrahmanirrahim.

baca ni dulu*TQ  :]

Dance Showcase merupakan satu program Jabatan Tari yang dianjurkan saban semester oleh pelajar-pelajar setiap semester. Majlis gilang-gemilang yang diadakan pada 22 Disember 2011 yang lalu di sambut meriah bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya. Tetamu kehormat yang hadir pada tersebut adalah Professor Kao Chin-Hsung, President of National Taiwan Sports University. Antara program yang dijalankan adalah persembahan pentas oleh semua pelajar Jabatan Tari, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan Pameran mengenai Dance Showcase 2011. Terdapat beberapa persembahan tarian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Jabatan Tari, Universiti Malaya. Majlis diseliputi dengan 3 segmen dan antaranya adalah Tari Klasik Melayu, Tari Pergaulan Melayu-Tari Nusantara, dan segmen yang terakhir adalah persembahan input daripada kelas-kelas teknik, koreografi dan jazz sepanjang Semester 1 2011/2012 begin_of_the_skype_highlighting            1 2011/2012      end_of_the_skype_highlighting. Menurut Profesor Jabatan Tari sendiri, Profesor Mohd Anis bin Mohd Nor,  persembahan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar jabatan tari mahupun pelajar luar jabatan lain untuk mempersembahkan bakat dan kebolehan kepada umum yang diasah oleh pensyarah sebagai platform peningkatan persembahan secara berkumpulan mahupun individu dan seterusnya dapat memperkenalkan dan mempromosi program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Seni Persembahan yang ditawarkan di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya khususnya di Jabatan Tari. Salah seorang pelajar antarabangsa yang menyertai kursus ini berkata ,”program di Jabatan Tari, Universiti Malaya ini banyak memberi input kepada saya dan antaranya kekuatan dari segi mental dan fizikal. Selain itu juga, persembahan Dance Showcase ini juga dapat memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada saya dan rakan-rakan yang lain”kata Fitria Handayani, pelajar semester 2 sesi 2011/2012. Menurut Ketua Jabatan Tari pula, Encik Leng Poh Gee berkata persembahan akhir semester ini diadakan oleh Jabatan Tari untuk menampung keperluan penilaian dan kehendak pasaran persembahan sekaligus bertujuan memperkenal dan mempromosi Jabatan Tari ke peringkat yang lebih meluas.

sekian terima kasih.ape ni?HAHHA

yang ni sebenarnye cerita time dance showcase dulu.HAA dance showcase tu ape? alahhhh jap ehh nak bagitau la ni.
dance showcase tu sebenarnye kitorang punye end show bile dah nak habis semester.*kat atas kan dah bagitau! emm.zzzz~haaa time dance showcase ni lahh masenye untuk kitorang punye lecturer ambik marks kitorang haa.bukan buat show saje saje tau.time time macam ni lahh ade yang sampai tersalah lompat lahh.tersalah pusing lahhh.lambat angkat punggung lahh.haa tu semue markah tau! bukan senang nak menari atas stage ni.its just like kitorang menari macam buat show and dalam mase yang sama kitorang sedang di uji kaji.HAHA takleh blahh!

untuk next semester bulan mei nanti.15 dan 16 mei.sape sape yang bace entry ni kalau free datang lah yea.tak memaksa tapi korang boleh datang je lahh.tengok tengok luangkan mase yang ade daripada korang duk tak de keje nak buat.so ingay yea 15 dan 16 MEI 2012.

lamenye!?

hoo la mokcik ! korang ingat nak standby show saje saje.hello ingat senang ke?
okaylahh ni photo capt. mase showcase lepas.enjoy okayy!

yang ni persembahan opening 
zapin dia datang


yang ni plak first show malam tu untuk segmen 1 : tarian perang manggung
sebenarnye tarian ni ade cerite die tau.mule mule dua beradik ni pegi berburu kat hutan lepas tu tibe tibe yang sorang ni kena tembak.so yang lagi sorang tuh nak cuba jampi lahh kononnye.so gambar yg atas ni die tunjuk mase die tgh jampi la tuhh.kalau korang tengok sure korang akan terpegun sampai masuk dalam mimpi.serius tak tipu :]


yang ni plak tarian asyik.tarian seolah olah macam puteri tengah berdandan.alaa korang tengok tak cerite p.ramlee dulu dulu kalau time kat istana, dayang dayang dgn gundik raja tu menari tarian ni lahh untuk menggoda sultan.


tarian terinai perlis.










HAA yang ni plak tarian gandrung bali.and this is my indonesian friends shes soo sweet  :] glad to meet her !


tai chi  :]




technique class  :]






like this pic!


kelas koreografi  :]


JAZZ TIME !









and show closed ! thanks for coming and hope you enjoy!
thats all.assalamualaikum :]


Thursday, 19 January 2012

girls ! baca ni :'] *sekian terima kasih*

assalamualaikum


*saya mendapat info ini daripada kakak saya*


Seorang teman BBM telah mengirimkan mesej berikut "Hati² to all my girl friends!pesanan dr saya :-Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.
Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya tidak akan mengandung sampai bila2.


Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang tahu lebih dekat dgn anda dan jgn percaya walau kwn dan baru kenal dgn anda tidak boleh dpercayai.hati2 ok.ingat! Pls help spread!!" Wallahu alam.

Monday, 16 January 2012

antara ikan selayang,ikan lolong dan ikan kembung :]

assalamualaikum..

okayy baiklahh berikutan dgn pekerjaan sambilan ku ni.time cuti semester kann takkan nak duduk tercegat termenung ternonong je kat rumah kan?of coz laa kena cari duit poket maa.so untuk menambah kan lagi pendapatan sambilan ku aku tolong lahh kakak aku kerja kat kantin sekolah.haiyaaa kerjaa yang aku sudah lakukan lebih kurang 3 tahun kott tapi perbezaannya cuma kali ni kami mendapat tender di tempat baru.alhamdulillah hasil memuaskan.

berbalik kepada cerita di atas.ape lahh yang aku nak merepek pasal tiga jenis ikan nihh??

cerita bermula macam ni.kakak aku suruhlahh aku siang ikan (maksudnya ambik ikan tuu belah die punye perut and buang die punye isi perut,kepada yang taktau lahh aku just nak bgtau je.hihihi).time tu aku memang takde keje nak buat.dah satu kantin aku pusing takde kerja yang aku boleh buat.then kakak aku panggil "finie, tolong siang ikan lolong jap.nak buat nasi kerabu.cari ikan dalam besen tu,tengok awak tau ke tak ikan lolong tuh".HAHAHA ayat dia sangat mencabar aku.aiyooo nak cari ikan lolong?okayy senang kacang je lahh.kakak aku cakap tu macam aku bodoh laa pasal ikan ikan ni.alahh petik jari je lahh.then aku pun pegi lahh kat besen tu.tengok tengok ade tiga jenis ikan dalam plastik yang sama."alamak mana satu ni ek?okayy jap jap aku pernah jugak dengar ikan lolong kalau nak senang cari tengok pada mata dia.yang mane kalau terlopong bulat besar gedabak mata tu yang tu lahh ikan lolong."bukak plastik pertama tu aku terus ambik."emm yang ni kott ambik je lahh."aku dengan confidencenye tak tanye dah kakak aku betul ke tak yang ni ikan lolong.aku terus pergi sinki and mulalah siang ikan.

dah nak separuh aku siang tiba tiba datang lah pekerja kakak aku nak ambik bekas letak makanan,then dia tegur aku."hari ni nasi kerabu guna ikan kembung ehh?"aku senyum je lahh.eh,takkan lahh nasi kerabu buat guna ikan kembung.tak pernah buat dek orang cik mimisyafinie ooiii ! then aku just nak pastikan je aku pun cakap lahh "eh,bukan ikan lolong ke?"pekerja yang dikenali sebagai abang lan tu senyum je kat aku, "YANG NI IKAN KEMBUNG LAHHH !" adik aku mimi syakila datang kononnye nak backup aku die pun cakap "ikan pelaling lahh !" lagilahh nak malukan diri sendiri budak ni.aiyoo adik aku ni datang bukannye nak tolong backup at last die dah malukan diri die sendiri.cehh! kureng punye adik~ dan bermulalah adegan lawan mulut. "ikan kembung ~"."ikan pelaling". entah berape kalilah ayat ni berulang.last last kakak aku datang "ni ikan kembung lahh cik adik  :]".okayy aku ni taktau nak cakap ape terus ambik ikan yang aku dah siang tu and masukkan dalam plastik semula.ikat kemas kemas macam takdepape yang berlaku.ishh! kalaulah ikan tu boleh bercakap sure diorang dah BOOO ! kat aku ni.adik aku yang sorang tuh taktau hilang ke mana.tadi dia yang selokk sangat nak beta beta tibe tibe die hilang entah ke mana.sekelip mata je hilang.

then aku pun letak laa ikan KEMBUNG tadi dalam peti.then aku pegi pulak kat besen tu tadi.cari plastik ikan and ambik je.aku malas dah nak cek plastik ikan yang lagi satu tuh.and terus pegi sinki,bukak ikatan dia and mula siang.okayy ikan ni panjang and tengok mata dia.bulat! betul lah kot ikan ni.and dah dekat dekat separuh kot aku siang kakak aku datang lah kat sinki tuh nak basuh tangan kot rasenye."ish bismillahirrahmanirrahim mintak mintak lahh betul ikan ni ikan lolong,kalau tak malulah aku lagi sekali"ehem ehem buat relax buat relaxx."heyy ini ikan selayang, ikan ni akak nak buat esok untuk mee calong.hiii awak ni !" aduhhh! malunye aku~dah nak habis dah aku siang.ishh membazir tenaga betul lahh.ikan selayang yang untuk calong tak siang beria beria cantik cantik sangat sebab nak ambik isi dia je.buang tulang dia.cehh aku punye lahh berambi siang ikan selayang tuh.at last salah ikan jugak yang aku pilih ! HAIHH DENGAN MUKE BERLAGAK MACAM TAKDE PAPE BERLAKU.eee malunye aku.pekerja pekerja yang lain pun tengok aku macam nak ketawa ke taknak ketawa nihh.HAA ! ishh rasa macam nak masuk dalam kereta tutup muka.mest dalam hati diorang cakap 'amboiii,macam belajar kat oversea je sampai taktau beza jenis ikan !' ishh.jangan bersangka buruk.astargfirullahalazim  :[

okayy tragedi yang memalukan aku lagi.dah finally aku pegi kat besen tu semula and ambik laa plastik ikan yang terakhir.pilihan terakhir antara yang terakhir.ishh ! nak siang ikan lolong pun macam nak pilih berlian dalam balang mutiara *boleh pakai tak aku punye perumpamaan?arghh tak kisah.yang penting aku dah malu.okayy pagi nii keje aku banyak buang masa kat depan sinki, main ikan and perut ikan.ishh ! duduk duduk cari kerja. and bila dah dapat kerja tu lama plak aku buat kerja tu.*faham tak?whatever!so ikan yang di cari cari sudah berada di tangan.untuk kali ketiganya aku pergi kat sinki tuh and buat perkara yang sama untuk kali ketiga.'HAIHHH,nak buat macam mane.dulu kau keje taknak hafal mane satu ikan lolong.mane satu ikan kembung and mane satu ikan selayang.'ishh sangat malulah hari ni.rasakan padahnyaa !bila aku bukak plastik ikan tu "ooo.ini rupanya ikan lolong.matanya bulat and agak besar daripada dua jenis ikan yang tadi aku siang tu."so lebih kurang 15 minit aku habiskan nak siang ikan tuh.and "ikan lolong siap!"

kakak aku pandang senyum je kat aku.and aku memang taktau nak cakap ape.kakak aku pun macam senyum ade makne.so aku buat macam takdepape jadi.everything done ! keh keh.memalukan sungguh ~ishh betul lah.aku sangat malu.okayy! so what ade aku kisah.HA HA HA !

ni ikan kembung ! kalau nak pegi pasar tengok betul betul tau !
"ikan kembung ni kena tengok badan dia.dia macam lebar sikit laa kan?kan?kan?"

ni ikan selayang  :]
"ikan selayang panjang panjang sikit."

inilah ikan lolong yang aku cari cari  :]
"ikan yang memalukan aku.tengok mate die.terlolong besar gedabak ! and ade garisan kuning sikit kat badan die tau?"
sekian terima kasih


okaylahh assalamualaikum  :]
bye ! nak bace novel M.A.I.D. nak habiskan mase cuti ni.kui kui kui.

Sunday, 15 January 2012

yesss ! datuk lee chong wei menang !

hee assalamualaikum  :]

"DATUK LEE CHONG WEI MENANG ! TAHNIAH DATUKKK!"

*vocabulary zone
DLCW = datuk lee chong wei
CW = chong wei
KKK = koo kien kiat
TBH = tan boon heong
CL = chen long

baiklahh entry yang paling excited sekali aku nak post.hee heee.dato' LEE CHONG WEI menang lahh lawan badminton semalam ! huhhh~ CW lawan dgn CHEN LONG.hahaha.huhh~ bukan senang tau mimi syafinie nak tgk sports sports macam ni.HAHA.paling aku suke sekali bile time KKK dgn TBH lawan.diorang memang superbbb lah!  nak nak plak bile makan sambil makan roti canai kan?perghhh sangat seronok.kadang kadang bile tengok die tengah lawan tuhh roti canai pun macam memanggil aku nak masuk mulut.sebab aku memang jadi kusut tau bile tengok DLCW main semalam.ish tak senang duduk rasenye.yelahhh DLCW ni kalau main dia pun kadang kadang lost focus sikit je terus mata pihak lawan naik.and bile mata lawan dah naik die jadi down.tu laa DLCW punye style.die kena agresif sikit laa.baru seronok orang tengokk.kan?

and nak dijadikan cerite semalam aku tengok game diorang sambil makan roti canai.HAHAH.sekali DLCW dapat mata.akulahh orang pertama yang sorak.

FIRST SET.
aku tak tengokk sangat sebab time tu tak tau plak ade badminton match.amd taktau plak DLCW yang tengah match.sekali tengok dahh half time dah time tuhh.DLCW tgh lead.yeahh good boy.anddd lastlyy YESSSS dauk menang lahh first set.tahniah datuk untuk kali pertamanya

SECOND SET
alamak second set datuk main macam slow slow sikit laa.tapi kalau korang tengok cara diorang main sangat agresif tau.yelahh dgn CHEN LONG tuh selalu PSYCHO datuk.and datuk plak kena lawan ! yesss dats goos datuk.and then mule datuk lead pastu kejar plak dgn CL tuhh.aduhhh macam mane ni cepat datuk cepat kejar point tuh ! *macam exam lah plak kan nak kejar kejar point !
and tak lama lepas tu datuk macam penat sikit at last CL yang lead second set.

aiyoooo DOUBLE SET !
taknak tengok lahh double set.sangat takut and berdebar nak tengok.alahh selalunye game yang sebelumnya kalau datuk masuk je double set, darah gemuruh datuk tu makin menjadi jadi kann.kite pun berdebar nak tengokk.time ni pun aku tengokk stadium bukit jalil sangat kecohh.penontonnye sekejapp "HUUUOOO !" sekejap "HHAAAAA!".cam mane? ishh aku dengar pun macam "alamak sengitnya match ni".okayy first first tengok 1-0.then CL kejar plak 1-1.aiyooo then lama lama tuh datuk lead sampai lahh 20-18.okayy datukkk teruskan perjuangan datuk ! satu je lagi datuk.be strong datuk ! FOCUS  :]

akhirnya datuk menang perlawanan ni lahh.bile time CL sangkut shuttle kat datuk and datuk pun macam dah expect shuttle tu nak sangkut kan terus die lepaskan die punye racket and terus duduk berlutut and then buat aksi "YESSS !" sebanyak 6 kali.perghh punyelahh semangat tengok match ni sampai kan datuk punye aksi pun aku boleh teliti tengok.HAHAHA.yang paling kelakarnye bile aku nampak CL punye bola sangkut kat net aku yang memang dah dapat agak datuk akan menang aku orang pertama yang angkat kedua dua tangan aku sorak.yang lain macam blurrr blurr lagi.aku yang syok sendiri ni mak aku just pandang and senyum je kat aku.HUHU.boleh tahan jugak lahh malunya.dah lah ade abah, maklong, pokcik,kakde ida and adik beradik yang lain lahhh !

lastly.
aku sangat salute lahh cara datuk main.datuk sangat superbb lahh and nak nak plak bile die lawan dgn CL tuhh.CL tu dah lahh tinggi and datuk plak.kurus keding macam lidi tuhh.and luckily datuk menang! tahniah datuk.and korang belum tengok lagi bile datuk lawan dengan LIN DAN.saingan utama die yang rasenye kalau suruh datuk listkan die punye saingan.mmg confirm lahh LIN DAN top sekali maa.belum tanye pun sudah pasti ade jawapannya.sangat laju match diorang and kalau nak bayangkan cam mane audience yg kat stadium tu tengokk.HAA mau nak mereng kepale kalau asyik ke kiri and ke kanan je kepale tuhh.semue macam tengah nyanyi koir jaa.sama je bile pusing kiri and pusing kanan.AHAHA.tambah tambah plak bile KOO KIEN KIAT dgn TAN BOON HEONG lawan.aiyoo satu lagi aku sangat salute! diorang ada chemistry yang sangat kuat.tapi skrg aku tengok diorang macam dah tak naik.apesal eh?aku pun tunggu tunggu jugak diorang punye match.tapi tak muncul muncul jugak.mane eh?korang tau tak?tapi aku tetap jugak nak puji cara diorang main.bile shuttle tu sampai je dekat belah diorang.diorang mest ade je macam macam care nak pastikan shuttle tu sampai kat pihak lawan.suke lak aku tengok.and kalau sangkut pun dekat net je.diorang punye gaya pun lebih kurang sama je.suke lahh tengok.and satu lagi aku pun lupe dah game mane entah yang bile time diorang main tuh boleh plak salah sorang drpd diorang ni pegi tukar racket kat luat gelanggang and player yg tinggal kat dalam tu boleh plak die tahan game tuh.game still on time ni sampailahh yang tikar racket tadi masuk balik.ish diorang memang superbb lahh!


and bile part datuk plak semalam kan die ade macam terduduk sekejap kan mase die ambik shuttle CL tuh.boleh plak die bangun semule.ish ish.hebat lahh diorang.and bile part datuk smash sangat lahh tajam.and sangat sangatlahh macho.salute lahh datuk.and kepada CL jangan serik ekk nak lawan dengan datuk and the geng~
yes datuk! you did it ! congratzz  :]
btw datuk sangat comel bile datuk pakai baju pink semalam.nampak keayuan datuk.HHAHAHAH.dats all lahh daripada pengulas sukan tak bertauliah ni.HEE HEE assalamualaikum !

Friday, 6 January 2012

ada sebab mereka membengkokkannya :]

assalamualaikum  :]

heehee tengok pada tajuk ape lak yang aku nak merepek kali ni.HAHAHHA.okayyy ape bende yang "dikurniakan TUHAN sangat lurus tapi mereka yang bertindak luar kawalan mereka yang sanggup membengkokkannya".mereka dikurniakan TULANG yang sangat lurus.tapi kenapa ada yang dibengkokkan.kenapa? mungkin ada sebab disebalik mereka melakukan sedemikian.peristiwa pahit?putus cinta? dan bertindak sedikit "kurang pandai" sehingga bertukar 360 darjah.

yea memang hati mereka sangat KUAT.tapi sekuat-kuat hati mereka, mereka takkan mengalahh.mereka sangat kuat kalau nak dibandingkan dengan kaum HAWA.ada yang bercinta di zaman sekolah bagai nak rakkkk.tapi last last putus cinta and then frust menonggeng terus jadi bengkok.kalau nak ikut graf yang aku dah kaji.sebab itu yang paling munasabah.and majoritinya melakukan sedemikian.astargfirullahalazim.

kenapa mereka melakukan sedemikian?kalau semakin ramai yang menjadi seperti itu, dengan siapa kami nak kawin?aiyoooo.frust menonggeng lahh kaum hawa.heeheee.yelahhh kebanyakan mereka pun buat bersebab.tapi takkan sampai nak kiamat pun tak tukar tukar.agak agak lahh derrr.oppsss! agak agak laa nokks~whatever! cuba fikir betul betul and fikir pasal masa depan.apa untungnya buat macam tu and ape dosanya kalau korang buat macam tu.

okayy mungkin mereka salahkan kaum hawa yang menjadi penyebab mereka jadi macam tu.yelahhh bunga bukan sekuntum and ada jugak pepatah cakap jangan lahh sebab nila setitik rosak susu sebelanga.tak semua perempuan macam tu.and diorang punye akal sangat pendek.bila dah kena tipu dengan sorang hawa terus pikir semua HAWA macam tu.WHAT THE HELL are you ! kadang kadang bila bunga yang sudah layu dan buruk tak semestinya akar nya jugak buruk.sama jugak dengan manusia tak semestinya perangai diorang bohsia sekalipun hati diorang tetap boleh dibaiki.kerana semua niat bermula dengan hati.hati merupakan penghulu untuk tubuh kita.jadi sebagai kaum adam hendaklah membimbing kaum hawa bukan menjadi kaum hawa.itu adalah fakta yang sebenar!

jadi time aku tengah celik mata lagi pagi pagi ni.sekarang jam menunjukkan pukul 3 : 26 minit pagi.aiyoooo bawak bawak tido lahh mimisyafinie ! okayyy.jap jap ! aku perasan something lahhhh.kalau update blog time pagi pagi macam ni macam macam idea aku boleh luahkan.kenapa eh? yelahhh seorang blogger memerlukan ketenangan.barulah macam macam benda keluar.sangat betul kalau orang cakap time macam ni sangat aman.yes betul ! sangat aman lahhhh.tengoklah entry kali ni.agak banyak lahh ehh aku type.wuhooo!

so kepada kaum adam.berfikirlahh dengan logik akal kerana kaum adam lahh yang membimbing kaum hawa.kaum hawa sangat memerlukan bimbingan kaum adam.


heee.thats all lahhh.assalamualaikum  :]

Thursday, 5 January 2012

happybirthdayyy mak :]

assalamualaikum  :]
tanggal 5 JANUARI yang mulia birthdayy mak saye.PN.NORESAH  :]


firstly sorry mak finie lambat update blog nii.kalau orang lain punye birthdayy laju je finie update.tapi kalau time birthdayyy mak finie lambat update.bukan ape makk anak mak yang sorang ni tengah exam skrg.sangat sibuk seminggu ni.tapi kan finie dah wish guna mesej pagi semalam.heee

finie send :
"mak ! selamat hari jadi. semoga ceria selalu di samping suami tercinta dan anak anak tersayang.tabah dengan segala dugaan yang dihadapi. sayangggg mak !"

finie send dalam pukul 9 lebih cam tu.pagi yeaaaa.mesti mak sibuk memasak kan.yelahhh sekolahh pun baru bukak so still kena kejar masa.finie ingatkan mak tak balas at last 3 minit kemudian mak dah balas aiyooo! tak memasak ke mak? ke time tu mmg dah free ? hehehehe.
taktau laa nak jangka.

okayy hopefully mak kat sane baik baik saje yeaaa.elok elok memasak tuuu.finie sayangggg mak !  :]
doakan kejayaan finie yea.insyaAllah finie akan buat yang terbaikk  :]

bye.assalamualaikum.
#nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia

yeaaa betul ! sangat merdu

Wednesday, 4 January 2012

lara lagi dan lagi dan lagi :*[

assalamualaikum  :]

okayy bahana ombak rindu masih melanda.bukan lagu ombak rindu je tau yang melekat dengan aku ni.HAA ade lagu lain jugak.hee tengok pada tajuk entry ni hukhuk sangat mendalam kan? yeahhhh sangat menusuk ke kalbu aku yang taktau berapa meter ni.kalau tertusuk memang sangat hebat lah lagu ni.butt seriously first intro aku dengar sangat mengusik jiwa aku yang entah segagah mane.tapi lirik lagu ini mampu menyentuh jiwaku.*hallooooo jiwa perempuan okayy.saya bukan LELAKI.tetapi saya kasar sedikit.sekadar untuk melindungi diriku sendiri.yeahhh i know what im doing.you guys tak perlu nak cakap pape.grrrrr~

so enjoy the lyric ! :]


Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini
Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia
sangat bermakna okayyy.and than kalau rasa rasa nak berminus one sekali klik lahh button playy okay?

heee.sekadar untuk berkongsi aja.and pada mana mana wanita and gadis gadis berfeeling mase tengok ombak rindu tu heehee korang memang superb lahhhh.nahh thats all baby.assalamualaikum  :]

Monday, 2 January 2012

happy birthdayyy KAKTAM :]

assalamualaikum.

wuhooo KAKTAM ! harinie birthdayy kaktam laa.wuwu.anyway happybirthdayy kaktam.wahh 2 day new year sangat best lahh kak tam.btw, kaktam thanks laa kat kaktam sebab sudi kawan ngan kite.kaktam sabar dengan kite.kenal dengan kaktam happening sangat.kaktam the best lahh.

kite just nak cakap kat sini kaktam, thanks tau bagi kite semangat mase awal awal dulu.kalau kaktam takde memang kite dah ikut jejak queeny dah awal awal dulu.then kaktam ade.bagi kite semangat.buat kite pikir banyak banyak kali.ur word very the superb lahh kaktam.thanks a lott kaktam.

kat sini kite doakan kaktam berjaya dalam hidup kaktam.may ur dream exactly come true.may superb enjoy and successful day always be with you kaktam.hopefully kaktam happy happy selalu okayy.*memang happy pun kan.ehem ehemm.cari boyfriend bujang tau.nanti kahwin jemput kite okayy!

and lastly hopefully kite grad same same nanti okayy.insyaAllah  :]


kaktam sweet sangat.hee sayang kaktam ketat ketat lahhh~

BYE !

siapa saya di mata dia?

assalamualaikum  :]

okayy berbalik kepada tajuk di atas.adakah aku sudah berelationship? ohh tidakkk.kawan aje.boy friend saya ramai.classmate sayaaa.budak budak kolej saya.kawan lelaki okayy.yang teristimewa belum ada.bak kata orang dulu dulu : "sapelahh lelaki malang yang dapat aku nanti ehh?"entahhh.and jodoh itu di tangan TUHAN kan.and kata orang JODOH itu merupakan rahsia daripada ALLAH s.w.t kepada manusia.sebab tu manusia tak boleh nak cup cup die punye boyfriend.kannn.so berbalik kepada tajuk di atas thats why lahh aku takde orang yang istimewa dalam hidup aku sebab jodoh tu kan di tangan TUHAN.aku sapelahh nak menentukan jodoh aku.satu lagi kalau orang cakap jodoh yang ditentukan oleh mak ayah kita direstui.insyaAllah.tapi betul ke?wallahuaalamm.

yelahh semua wanita inginkan pembimbing kan?wanita mane yang taknak teman hidup yang sah.of course lahh nak.kalau aku diberi peluang kahwin sekarang.aku kahwin sekarang jugak tau.HUKHUK.tapi dengan sape?thats why.semua ini berbalik kepada soalan.hee.

"dalam ramai ramai lelaki yang ko kenal takde ke yang ko berkenan?"
HAHA.soalan cepu mas.takde.classmate saye pun saye anggap diorang macam abang.kami dah macam satu keluarga dahh.yang ni jaga yang ni yang tu jaga yang tu.takdelahh yang special special ni.semua macam biasa.

"takyah cakap pasal classmate awak.cuba cakap pasal lelaki yang ko kenal di luar fakulti kau.takde?"
hurmmm luar fakulti eh?erghhhh.boleh tukar soalan lain?

"ehhh.kenapa pulak nak tukar soalan lain?soalan tadi pun ko belum jawab! HAAA sure ade yg melekat ni"
melekat? melekat macam mane eh?ohhh yerhh lagipun sape lahh yg nak kat saye ni.saya low standard aje lahh.takde nye yang melekat.

"elelelele.takyah nak sorok sorok lahh.bagitau je lahh"
ishh.betullahh.takde pun yang melekat.hrmmm okayy.cakap kat sini habis kat sini je okay!sebenarnye adelahh kenal sorang ni.budak fakulti luar.means student fakulti kebudayaan not in the list lahh.jangan terasa okayy.jap.aku kenal dia kat FB.yelahh macam biasa daripada kenal kenal kat FB terus ke phone pulak kan.heehee.dah kenal kenal semua jumpa lah sekali.and then kenal kenal lama lama skrg just macam biase aje.dia budak UM dan saya pun budak UM.masing masing buat hal masing masing.yeahh UM student sangat busy actualyy.

"lost contact ke?"
taklahh.cuma masing masing busy.maybe takde mase nak contact contact ni.hurmm

"then sekarang ape cite?"
takde cite.and thats why i post this entry.'siapa saya di mata dia'.maybe dekat fakulti dia or yg die kenal before this lagi hebat dari saya ke.yelahh kan saya dah kata saya ni low standard je.tak layak untuk dimiliki.wuwuwu.

ngehh.kepada yang berkenaan.jangan terasa okayy.saya hanya insan biasa dan awak ada hak untuk menilai pilihan awak sendiri.

thats all.assalamualaikum  :]
motto for 2012#aku harus KUAT !

sekian terima kasih