nuffnang ads

Friday 20 January 2012

DANCE SHOWCASE 2011/2012

assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh  :]

bismillahirrahmanirrahim.

baca ni dulu*TQ  :]

Dance Showcase merupakan satu program Jabatan Tari yang dianjurkan saban semester oleh pelajar-pelajar setiap semester. Majlis gilang-gemilang yang diadakan pada 22 Disember 2011 yang lalu di sambut meriah bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya. Tetamu kehormat yang hadir pada tersebut adalah Professor Kao Chin-Hsung, President of National Taiwan Sports University. Antara program yang dijalankan adalah persembahan pentas oleh semua pelajar Jabatan Tari, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan Pameran mengenai Dance Showcase 2011. Terdapat beberapa persembahan tarian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Jabatan Tari, Universiti Malaya. Majlis diseliputi dengan 3 segmen dan antaranya adalah Tari Klasik Melayu, Tari Pergaulan Melayu-Tari Nusantara, dan segmen yang terakhir adalah persembahan input daripada kelas-kelas teknik, koreografi dan jazz sepanjang Semester 1 2011/2012 begin_of_the_skype_highlighting            1 2011/2012      end_of_the_skype_highlighting. Menurut Profesor Jabatan Tari sendiri, Profesor Mohd Anis bin Mohd Nor,  persembahan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar jabatan tari mahupun pelajar luar jabatan lain untuk mempersembahkan bakat dan kebolehan kepada umum yang diasah oleh pensyarah sebagai platform peningkatan persembahan secara berkumpulan mahupun individu dan seterusnya dapat memperkenalkan dan mempromosi program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Seni Persembahan yang ditawarkan di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya khususnya di Jabatan Tari. Salah seorang pelajar antarabangsa yang menyertai kursus ini berkata ,”program di Jabatan Tari, Universiti Malaya ini banyak memberi input kepada saya dan antaranya kekuatan dari segi mental dan fizikal. Selain itu juga, persembahan Dance Showcase ini juga dapat memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada saya dan rakan-rakan yang lain”kata Fitria Handayani, pelajar semester 2 sesi 2011/2012. Menurut Ketua Jabatan Tari pula, Encik Leng Poh Gee berkata persembahan akhir semester ini diadakan oleh Jabatan Tari untuk menampung keperluan penilaian dan kehendak pasaran persembahan sekaligus bertujuan memperkenal dan mempromosi Jabatan Tari ke peringkat yang lebih meluas.

sekian terima kasih.ape ni?HAHHA

yang ni sebenarnye cerita time dance showcase dulu.HAA dance showcase tu ape? alahhhh jap ehh nak bagitau la ni.
dance showcase tu sebenarnye kitorang punye end show bile dah nak habis semester.*kat atas kan dah bagitau! emm.zzzz~haaa time dance showcase ni lahh masenye untuk kitorang punye lecturer ambik marks kitorang haa.bukan buat show saje saje tau.time time macam ni lahh ade yang sampai tersalah lompat lahh.tersalah pusing lahhh.lambat angkat punggung lahh.haa tu semue markah tau! bukan senang nak menari atas stage ni.its just like kitorang menari macam buat show and dalam mase yang sama kitorang sedang di uji kaji.HAHA takleh blahh!

untuk next semester bulan mei nanti.15 dan 16 mei.sape sape yang bace entry ni kalau free datang lah yea.tak memaksa tapi korang boleh datang je lahh.tengok tengok luangkan mase yang ade daripada korang duk tak de keje nak buat.so ingay yea 15 dan 16 MEI 2012.

lamenye!?

hoo la mokcik ! korang ingat nak standby show saje saje.hello ingat senang ke?
okaylahh ni photo capt. mase showcase lepas.enjoy okayy!

yang ni persembahan opening 
zapin dia datang


yang ni plak first show malam tu untuk segmen 1 : tarian perang manggung
sebenarnye tarian ni ade cerite die tau.mule mule dua beradik ni pegi berburu kat hutan lepas tu tibe tibe yang sorang ni kena tembak.so yang lagi sorang tuh nak cuba jampi lahh kononnye.so gambar yg atas ni die tunjuk mase die tgh jampi la tuhh.kalau korang tengok sure korang akan terpegun sampai masuk dalam mimpi.serius tak tipu :]


yang ni plak tarian asyik.tarian seolah olah macam puteri tengah berdandan.alaa korang tengok tak cerite p.ramlee dulu dulu kalau time kat istana, dayang dayang dgn gundik raja tu menari tarian ni lahh untuk menggoda sultan.


tarian terinai perlis.










HAA yang ni plak tarian gandrung bali.and this is my indonesian friends shes soo sweet  :] glad to meet her !


tai chi  :]




technique class  :]






like this pic!


kelas koreografi  :]


JAZZ TIME !









and show closed ! thanks for coming and hope you enjoy!
thats all.assalamualaikum :]


No comments:

Post a Comment

any comment? comment je laa.thanks :)