nuffnang ads

Thursday, 25 August 2011

wahh ! teruja seyhh

assalamualaikum :)

hee melihat kepada tajuk entry ni macam ade bende excited je nak story en ? HAHA.yes memang saya teruja.pasal apa? meh sini nak cite.

okayy last week tak silap stesen radio HOT FM ni.diorang ade buat macam satu aktiviti tauu.dia bukan macam aktiviti sangat lahh,emm cane nak cakap ehh?okayy diorang buat sesi bagi kad raya kepada pendengar diorang.HAA.dan antara berjuta juta pendengar itu adalah family saya.hurmmm
then time diorang nak bagi ni diorang suruh pendengar pendengar dia send msj kat http://www.hotfm.com.my/
nama penuh and alamat kita.but before pukul 9 je tauu.HAA

then kakak saya ni,si MIMI SYARINA ni try laa main main send nama and alamat dia kat HOTFM ni.ermm harap harap dapat lahh dia kata.mane tak nye.beribu org kott yg send sms.banyak tak banyak tuhh ! kalau dapat, dapat lah en.

tunggu punye tunggu
tunggu punye tunggu
tunggu punyaaa tunggguuuu  : /
*sbb diorang cakap dijamin sampai sebelum raya !

semalam time balik daripada ambik adik aku balik cuti kat terminal,balik je umah.arghhhhhhhh !*kakak aku jerit ! akak dapat lahhh.terujanyaa :)

wahh cantik kad diorang.yg penting ade gambar mereka berempat tuh.yang DJ for AM krew. ada kak fafau
abang faizal , abang AG , and uncle usop.alahh yg berlakon hantu kak limah balik rumah tuh ! USOP WILCHA.*haa dah jadi DJ skrg  :) loiikkee !

dah laa enjoy photo nih  :)

haa ni kak fafau.wahh kusyukknye dia sign kad raya tuh.perghh! bukannye sikit sikit tau.salute lah!

yg ni plak abang faizal.si poyoness HOTFM am krew.alamakk cool bro !

ehem ehem abang AG :)

uncle usop  :) 
muka bapak serious.concentrate tau.

 HAA.PHOTO YG NI PLAK TENGOK PERANGAI GILERR GILERR DIORANG.ADUHHH DALAM SIGN KAD RAYA YG BERLAMBAK TUH SEMPAT LAGI TAU NAK MAIN MAIN CAM GINI.SUMPAHH DIORANG MMG SANGAT SANGAT AND SANGAT SPORTING HABISS  :)

:)

HAHAHA abg faizal  :)

kak FIFI  :)

haa tengok nih ! bukan senang tau nak buat keje cam gini.huhh ! 

:)

ambikk kau.bapak banyak ! sekarung terus.haihhh 

the AM krew  :)

haaa.ni kad nya  :
cantik ?.hee hee bertuah en dapat  :)

okayy.sampai sini je lahh.BYE ! selamat mendengar HOT FM okayy.s a l u t e !
assalamualaikum 




Wednesday, 24 August 2011

iftar with teman teman :)

assalamualaikum  :)

tadi *24/8 tahun 2011 pukul 5.30 petang macam tu lahh kami berenam keluar beriftar sama sama.HEE
berenam? maknenya saya,sinhoeyenggg,hanihidayah,syikinjepun,intansulaiman,waniahmad.HAHA *ambikk kau siap nama bapak lagi.mintak ampun mintak maap ye.

okayy seriously aku seronok keluar tadi.yelahh syikin intan dengan wani memang dah lama gilerr tak jumpe.lepas SPM kott.syikin okayy lagi time PLKN.erghh dialahh sahabat wirawati saya.intan dgn wani masih tak berubah pe'el diorang.macam dulu dulu asyik gelak gelak tanpa sebab.hadehh bak kate hanihidayah "diorang macam ade bahasa isyarat sendiri sampai kitorang pun tak paham." penuh dgn isi tersirat.HAHA.

kitorang bukak puase kat RASAMAS.east coast mall,kuantan.HAHA best la jugak kat sana.thanks friends yeargg.thanks jugak kat hoeyen sbb memahami kitorang yg berpuasa ini.hee hee.

time makan makan lak.ishh i wani dgn si intan ni tak habis habis nak gelak.aduhh.sangat happy go lucky! tapi tak sempat nak ambik gambar lahh.diorang nak balik pun tak cakap.nak buat guane ? mmg misteri sungguh !dah la cakap pasal diorang.ish ! sampai esok tak habis.

haha.then lepakk kat STARBUCKS COFFEE.lepak je okayy.then balik  :)

ni lahh syikin jepungg tuh.macam jepun en? jeles tgk tudung dia.grrr !

inilahh sahabat sepanjang tahun.HEE

inilahh sahabat gile gile saya.comel een ? HUHU

dah laa assalamualaikum  :O

Monday, 22 August 2011

"mane MAK ?"



assalamualaikum  :)

okayy tadi kite bukak FB*mukabuku la en.haha.then suddenly kakak kite bace kat kite story nihh.huhh touching gilakk.so bile kite tanye dapat dari mane then die cakap laa dari kawan die.so kite nak share laa dgn kawan kawan sekalian  :)
p/s : kalau korang sayang sangat dekat MAMA'IBU'UMI'MAK'MOTHER or whatever laa.bace sampai habis okayy.untuk renungan kite bersama jugak  :)


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.




Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


kawan kawan :)
ingat syurga itu di telapak kaki ibu yg melahirkan kita okayy  :)
hargai jasa diorang.

Friday, 19 August 2011

dinur MIMI enterprise

assalamualaikum  :)
*yes im blogger so kena share macam macam ngan orang kan ?hihi
okayy kali ni nak share pasal my family la plak.asyik cakap pasal my life jaa.hurmm family aku ni takde laa semewah family macam orang orang kat luar tuh.just macam biasa biasa.yelahh kami ade rumah aka kereta ada makan pakai yg cukup  :)*alhamdulillah

okayy selain pd tu kitorang ade satu company.ishh nak cakap company tu takde grand sangat kan.senang cite ade business sendiri laa.sekarang ni kitorang ada ambik tender kantin sekolah.SMK & SK SAINT THOMAS,KUANTAN.yelahh mmg org cakap "makaihhh 2 sekolah satu kantin tuhh.bapak kaye" yes.mmg kaye! bile kitorang dapat duit after jual makanan mmg nampak kitorang kaya.tapi bile kitorang dah beli macam macam barang for modal.haaa lagi banyak habis tau.kantin ni macam biase jerr.duit pun bergerak macam roda.dapat habis dapat habis.langsung tak kaya.tapi alhamdulillahh laa kitorang hargai ape yg kitorang dapat.nak bayar sewa kantin lagi.dua dua sekolahh plak tuh.gilerr tak gilerr  :/ then dah lama lama ni rase macam takde mood nak continue tender kitorang.yelahh bile dah bersaing dgn koperasi ni terus kitorang punye hasil turun mendadak.sangat sangat banyak.mane kitorang tak fade up kan.kalau korang camne ?

and now this is the last year kitorang pegang tender tu selepas 5 tahun.lame tuhh.dalam 5 tahun ni lahh macam macam bende kitorang alami.tempat kitorang kerja tuh takde lahh brand sangat macam hotel 5 bintang.macam biase je kott.tempat memasak terbuka jee.tempat basuh pinggan kat situ la jugak.tempat nak potong sayur sayur semua kat situ la jugak.then tempat orang lalu lalang keluar masuk kat situ.and sebab itu kitorang ditaburi dgn macam macam caci maki drpd orang.halloo dah kalau premis kitorang tuhh mmg banyak giler tikus takyah nak complain.korang renovate lahh kantin tu kalau banyak sangat complain.tikus ade pun bukan kitorang yg jemput.mmg dah ade,kitorang buat aduan kat MPK mmg best suruh letak ubat gegat.alamakkk aihh ubat gegat pun tikus boleh buat mainan je lahh.tu lahh bile datang melawat nak complain itu ini.kitorang ni dah cukup bertanggungjawab dah tau tak.sepanjang 5 tahun ade dgr budak budak keracunan makanan? ade ? tu pun dah cukup baik tau tak.tapi still nak kutuk kutuk.

and that 5 years memory tuh dah habis setakat ni.*memory ke ? arghh biarlahh.yg penting kitorang takkan ingat dah lepas ni.takyahh la nak pujuk pujuk kitorang nak ambik balik kantin.tuhh panggil je laa org lain yg *sanggup ambik kantin tuhh.haa baru korang tau ape yg kitorang rase.

ohh yarghh.dat one is luahan hati from me depending my family.ape yg aku rase !
so now aku nak promote business kitorang plak :
ohh yearhh kitorang ade jugak terima tempahan makanan.tak kisah untuk majlis pape.for now tempahan yg kitorang terima macam macam.kenduri kahwin laa.kenduri masuk rumah laa.birthdayy party laa.for majlis biase biase ni menu macam biase lahh.ade yg mintak nasi dagang laa.nasi minyak laaa.nasi putih lauk opor daging laa.pulut kuning laa.macam macam laa.korang request kitorang.insyaAllah.then for kenduri kenduri nii for now kitorang banyak dapat tempahan untuk makanan pengantin laa.ni macam ni :












hurmm cane ? okayy kalau berkenan contact kami okayy.hee
bye assalamualaikum  :)

purple's wedding !

assalamualaikum  :)

nak update pasal wedding nih.ehh jgn main main yg ni first wedding utk generasi selepas mak bapak kitorg kahwin.haa special la sikit.kak long nurul elfikrie. hurmm seriously mmg sgt best.and buat pertama kalinya aku menjadi flower girl dalam hidup *i mean jadi tukang bagi bagi telor or sweet kat tetamu.ishh penat jugak lahh.yelahh bilangan tetamu yg datang kite bukan boleh tetapkan en.goodies yg 1000++ pun boleh habis.haa gempak tak gempak ?

haa.so sweet tau.mak andam nye makcik aku sendiri  :)
mmg syokk.so budget for makeup takdelahh mahal tahap gaban sangat kan.hee.cam biase biase.for photoshoot plak.adik die angah izzat dah ade nikonn bohh ! jeles tak jeles ? aduhh aku sendiri kott yg jeles~
makanan for pengantin ni mak ngah ade @ mak aku sendiri.haa jgn main main tau.halloo ini brand original punye tau.haa kalau tak sedap takkan lahh si pengantin lelaki makan sampai sinsing lengan baju kahwin die tu kan.hahaha.masyukk tak masyukk ?

haa.dah laaa enjoyy la tgk photo nih.

comel en ?haa dalam pakai baju lawa lawa tu boleh lagi posing cam gini.

haa.agak agak terliur tak?huhu inilah hasil nukilan mak saye.name resepi taktau la plak.



haa.yg ni lak kumpulan embun berderai *diwakili oleh nenek ku.gempak tak gempak babe music pun takyah sewa mane mane dahh.tradisional punye lagu dah ade depan mate.mmg save budget terus  :)



yeah inilahh sepupu gila gila.memang sangat sangat happening tau  :)




cake cutting  :)


photographer : izzat fiz
*just click link di atas kalau berkenan  :)


pengapit setia : kakak saya mimi syarina
*still single.nak ngoratt ? trylahh  :]

haa ambik kau.nak eratkan silaturrahim.basuh periukk.kitorang just dapat tengok jaa.nak tolong sorry okayy.hahaha.so sweeett :)

time ni best giler.hadiah semua kitorang bukak sekali.ambik bersepahh rumah.haha anyway seronok sangat laa  :)

thats all.assalamualaikum  :)

top 10 ranking !

assalamualaikum assalamualaikum semua  :)
okayy tadi kite bukak laa FB budak si syahirah hawa ni.haihh ternampak plak benda nih.
wwowhh malaysia top 10 ranking *actualy kat situ tunjuk top 50 kott kalau tak silap.hee malas nak copy semua.
nah ni laa tgk.U yg aku bakal pegi nih masuk dalam top 5 kot.aiyoomakk buat aku makin nervous kott.alahaiii semput lak rase.

  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
huh! gerun en tgk.takpa i ll do my best ! wish me luck.insyaAllah  :)

    twenty or twinny :)

    assalamualaikum  :)
    hee entry kali ni nak tulis pendek pendek jee.huhu bukan ape sbb dah terlintas nak share ape yg main main dari tadi kat kepale otak aku nih.HUH ! okayy tadi time free free lepas sahur malas la plak nak tidur balik en.*tidur pun malas en ?padahal takut tak sedar plak.grrrr! whatever :)

    ohrite bile pikir pikir balik en umur aku ni BARU 20 kott.baru 20 en.hahaha ingat plak kate kate kak FL "sekarang kan dah 21 its time to get married guys".haha baru 20 kott.belum masenye lagi.masih awal lagi kan.hee.belajar pun baru nak mulaa.chillex chillex laa en.okayy belajar sampai 3 tahun emm dat time dahh umur 24 baru masenye en.

    kahwin?ishh belum plan lahh.jauh lagi perjalanan.bukan ape.mmg laa umur kite tak semestinye panjang kan.tapi insyaAllah semua itu akan kite alami jugak kan ?bersabar okay.jodoh tu kan kat tangan tuhan.kita sebagai hamba hanya terima dengan seadanya.okayy bercakap pasal jodoh.mmg lahh kite ni ade ramai teman teman laki laki kan.haha macam ramai sangat laa plak kan.ishh aku ni daripada kecik pemalu tauu  :)
    yelahh kalau didikan from parents tu betul betul berguna dah lama dah aku kahwin.HAHA.*ade kaitan ke ?
    *to my boyfie : mak saye pesan en.kalau nak kenal ngan budak laki laki nih.pikir pikir la sikit batasnye yeahh.yelahh nak pegang pegang tangan tuh tunggu dia dah jadi suami kite baru boleh pegang pegang.baru afdhal  :)

    okayy "am i still twinny?"
    twinny ni ayat aku tukar tukar sebagai remaja.adakah aku masih remaja ? yeahh of coss laa kan.umur aku ni twenty je baru.walaupun dah habis sekolahh tak semestinya dah dikira tua okayy.masih awal masih awal.HAHA.hallo kedut kedut pun belum ade laa.sorryy *melampau la plak kan.yee lahh bagi aku remaja purba bile umur kite time 30++ nanti but for yg belum kawin lagi lahh.hee boleh terima tak ?
    so alang alang tengah twenty ni.enjoyy dulu ape yg ade kan.slang alang tgh tweeny ni apprishiate laa ape yg ade kan.time time macam ni kite bolah carik macam experience.lagi banyak lagi bagus tau.

    macam dah banyak je aku membebel ni.okaylahh so either twenty ke twinny ke its just the same kan.whatever ! bye ~
    assalamualaikum  :)

    Wednesday, 17 August 2011

    menjadi wirawati

    assalamualaikum kawan kawan :)

    *baru nak publish even dah 2 tahun lepas  :)
    okayylahh entry kali ni kite nak mengimbau pasal life kite tima kat KEM hari tuh.mase time kita masuk tuh zaman zaman kumpulan 2 siri 6 tahun 2009.kalau nak disingkatkan kump2/6/09  HAHA*takde keje.hee hee.

    okayy nak dimulakan cerita nya.hari tuh time dah nak last last form 5 budak budak lain semua kecoh kecoh laa suruh check plkn dapat or tak.siap tulis kat whiteboard lagi cam mane cara nak check.semua pun pakat ramai ramai la check.aku ni malas lagi laa nak check.bia dulu entah dapat entah tidokk.dapat pegi.tak dapat pun tak kisah jugak.pastu budak kelas aku semua dah check.boleh dikatakan 1/4 laa budak kelas aku dapat *and antaranya adalah aku.OMG aku dapat plkn kott.biaq betul.nak hepi ke nak menangis nih ?
    bila dapat tau hani norhidayah dengan hoe yen dengan syikin dapat.amboiii bile dah dapat tau satu geng seronok laa baii.HAHA.grrrr tiba tiba tup tup dapat lah satu kem *kononnye teruja la kan.hee

    time nak pegi tuhh semua bakal bakal pelatih ni gather kat perkarangan stadium darul makmur *chewahh ! dah tulis nama semua naik lahh bas ! jyeahh on my way nak pegi kem ! KEM SEMARAK PEKAN.hahaa pekan je kott.takdelahh jauh sangat.jiran sebelah jee.hahaa.ambik kau jiran sebelah ape.dah nak dekat penghujung tanah dah mokcikkk.kat tepi laut china selatan dah tuu.gilerrr tak gilerrr.piuhhhssss ! kiri sungai kanan laut derrr.ade brann ? HAHA.then daftar daftar masuklahh dorm !

    maik lama makin lama dorm aku penuh lahh segala manusia daripada pelosok mane mane negeri.adoihhh nak kenal kenal lagi.susah nihh.okayy bile brselisih senyum jee.konon peramah laa kan.dia nak tegur aku tegur dia balik.kalau dia senyap aku pun senyap.HAHA.okayy tak?bila pikir pikir balik.wehh ko kat dalam tuh bukannye 3 hari babe.3 bulan kott ! pahcerohh la ko nak senyum senyum.silapsilap crammed mulut.haha lama lama tuh tegur laa.makin lama makin kecohh la dorm tuh.bile semua otak dah giler giler !

    jadual kitorang kat sane padat sangat.*macam artis la plak  :)
    pagi kitorang ade PT pagi.alahh macam biase laa pagi pagi bangun pastu ade senaman senaman segala.time time ni laa budak budak paling taksuke.org kat rumah tgh tgh seronok seronok tidur kita kat sini dah berdiri terpacak nyanyi lagu bace ikrar semua.perghhh semangat ! lepas habis aktiviti tuh kitorang makan pagi lahh.then pukul 9 ke 10 cam tu laa ade kelas CB "character building".bunyi macam kelas tadika kan?haha mula mula mmg bosan tapi dah last last tuh wahh seronok gila kott.habis je kelas makan kejap then standy for aktiviti petang plak.riadah ! yahoooo  best tau sbb kitorang boleh jalan kat tepi pantai.grrrr kadang kadang tuhh kitorang bersukan kadang kadang ade fliying fox kadang rempuh halangan kadang kadang berkayak and macam macam lagi.best !

    plkn ni mmg mula mula menyampah tau tapi bile dah ade member sekepala cikgu cikgu sporting semua jadi happening tau ! mula mula pikir alamakk lambat lagi ke nak habis kem nih.tak sabar nak balik.tapi bile dah last last ambik kau satu baldi airmata sorang sorang nangis taknak balik ! haa.magic en? 3 bulan kott bukannye sekejap.macam macam boleh jadi.haa

    kontrak 3 bulan ? haa pelik aje bunyinya kan.actualyy ni dah bende biase time kem kem cenggini.bila dah kenal couple kontrak.3 bulan jee.pastu action laa kat dalam kem aku couple dgn org tu laa aku couple dgn org ni laa.macam macam kan.pastu mule laa org ni jeles kat org tuh.org tuh jeles kat org ni.haa lagi laa happening kan.biaselahh lumrah hidup.

    okayylahh tgk la photo photo nih  :


    first photo : haa tu laa cikgu cikgu kitorang sprorting habis tau.mmg dah macam kakak sendiri dah.hukhuk.rindu tau kat semua.

    next photo lak : geng geng satu dorm aku.ramai en? ye arghh 20 org kott satu bilik.

    okayy time before cuti penggal cikgu adelahh bgtau ade pertandingan senam seni antara kompeni.haha aku paling excited sekali time tuh,yelahh dah mmg favourite aku menari maa.atlast aku yg jadi leader for kompeni aku,kompeni alpha.hee training punye training.phewitttt ! kitorang menang babe yahooo  :)
    haa yg ni giler giler punye orang.nasib baik aku dapat geng geng yg mmg otak mereng la semua.tgk gamba ni pun dah tau.hahaha.ehh jap jap.korang tgk one guy yg dekat belakang tuh.yelahh dat chinese guy.awesome kan?hee gatai noo.yelahh macam muke sheikh muzaffar kan.hee handsome tau.kalau korang pandang mate die alamakkk bolehh cairr wohh ! hee 
    yg ni plak geng geng budak laki.nasib baik diorang nak join.kalau tak mati aku nak carik budak budak laki.hee bangge tak antara semua kompeni,kompeni kitorang paling ramai budak laki.bangge tak?bangge tak?of coz lahh.hee thanks guys !!

    yeahh inilah wirawati ALPHA yg ku sayangi  :)
    korang sweet sangat tau 
    bersama cikgu huda.thanks coz support kitorang.hee.cikgu pun gila gila jugak :)

    yg ni plak pertandingan nasyid antara dorm.huhu tak dapat num time tapi seronok laa.disebabkan nasyid ni kitorang budak budak dorm 5 makin lama makin rapat tau.
    hee yg ni lak geng geng aku punye dance group.kitorang buat show time hari last penutup.wahh gempakk kott.rindu lahh time nih  :)

    okayylahh itu aje nak share.tak banyak pun en.macam biase je.
    BYE assalamualaikum  :)