nuffnang ads

Monday, 21 November 2011

hati saya sayu melihat BELIAU*

assalamualaikum  :]

cerita bermula di stesen LRT universiti,di mana tempat perhentian majoritinya pelajar pelajar universiti malaya dan penghuni penghuni apartment yang kat kawasan kawasan itu.selepas keluar daripada train aku turun tangga.di depan aku ada BELIAU.BELIAU sangat berhati hati ketika menuruni tangga.BELIAU sangat teliti dengan langkah BELIAU.aku hanya memandang dan berasa kagum dengan BELIAU.setelah aku pass through TNG*touch and go lahhh! ketika sedang menuruni tangga untuk menunggu bus rapid.BELIAU juga ade di sana menunggu bus rapid nak bukak pintu.BELIAU hanya berdiri di tempat panas bahkan ada tempat duduk di situ.aku hanya melihat BELIAU mengelap peluhnya.niat di hati nak pergi kepada BELIAU dan mengatakan "encik,kenape diri kat tempat panas.duduk kat kerusi tu yea" tapi kaki aku dirasakan macam ade gam dan terlekat di lantai.bukan ape, aku rase macam aku ni tidak layak untuk membantu.yaAllah berdosanya aku.ampunilahh dosaku ya Allah.

aku terase seperti serba salah dalam diri aku.ingin membantu tapi aku tidak tahu cara cara untuk memberi bantuan.secara berterusan BELIAU mengelap peluhnya.hati aku makin sayu.aku rasekan macam akulahh orang yang paling bodoh kat situ.yaAllah ampunilah dosaku ya Allah.akhirnya pakcik bus rapid sampai and bukak pintu bus.and BELIAU naik dan aku naik selepasnya.BELIAU tetap dengan senyuman ketika sudah naik dan duduk di  dalam bus.melihat ke wajah BELIAU aku terase sangat serba salah.hanya ALLAH saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu.fiuuusss~

pengajaran untuk entry ni berilah bantuan kepada sesiapa sahaja di sekeliling anda.jangan berasa rendah diri dengan keupayaan anda.sesunguhnya dengan tenaga dan keupayaan anda itulahh akan ada orang yg sangat sangat memerlukan.hargailahh siapa diri kita.ringankanlahh tenaga untuk membantu.hanya itulah kasih yang boleh dihulurkan kepada yang memerlukan.

p/s : BELIAU adalah orang kelainan upaya.walaupun BELIAU dalam keadaan begitu BELIAU masih tersenyum dengan keadaan BELIAU yang sedemikian rupa.

sekian.assalamualaikum  :]

No comments:

Post a Comment

any comment? comment je laa.thanks :)